|
Sudah lama penonton yang terdiri dari kalangan remaja di Malaysia telah dihiburkan dengan rancangan-rancangan bersiri berbentuk muzikal dari luar negara. Antara rancangan TV yang yang popular adalah seperti High School musical, Hannah Montana, dan S Club 7. Daya penarik untuk siri TV sebegini adalah tidak lain dan tidak bukan elemen muzikal yang terdapat di dalam setiap siri rancangan tersebut.
Bagi peminat-peminat siri muzikal seperti itu, ini ada berita baik!
Kini di Malaysia,KRU production SDN BHD, telah mempersembahkan sebuah siri TV berbentuk muzikal yang diarahkan oleh Nizam Zakaria iaitu Hotel Mania. Hotel Mania akan ditayangkan pada setiap hari Selasa, pukul 9 malam di saluran TV3.
Siri TV muzikal ini telah menghimpunkan ramai para artis baru popular terutamanya yang lahir dari rancangan realiti paling top di Malaysia iaitu Akademi Fantasia. Hampir majoriti pelakon di dalam rancangan TV ini adalah artis muda dari AF iaitu seperti Anding, Dafi, Marsha, Adam dan Bob. Pelakon untuk rancangan berbentuk muzikal ini sudah semestinya memerlukan pelakon yang bukan sekadar tahu berlakon sahaja tetapi juga mempunyai bakat untuk menyanyi. Oleh itu, Bekas para pelajar AF sememangnya merupakan para pelakon yang sangat sesuai untuk menerajui siri TV ini memandangkan ilmu yang mereka perolehi dari rancangan AF tersebut bukan sekadar di dalam bidang nyanyian semata-mata malahan mereka turut diajar menyanyi dan berlakon. Dan apa yang mereka pelajari di AF dahulu memang semuanya akan dipraktikkan di dalam siri Hotel Mania ini. Selain itu rancangan TV ini turut diserikan lagi oleh Zain Ruffedge dan artis-artis lama seperti Zaidi Omar, Sheila Mambo.
Kali pertama menonton Hotel Mania yang ditayangkan tadi, yoyooh yakin rancangan ini akan mendapat sambutan yang hangat dari penonton terutamanya golongan remaja. Ini kerana Hotel Mania ini memberi kesempatan kepada peminat-peminat artis AF seperti Dafi, Marsha, Anding, dan Adam menyaksikan lakonan artis kesayangan mereka dan sudah pasti mereka menunggu giliran artis-artis mereka untuk membawakan lagu-lagu baru di dalam siri TV ini.
Lagu yang mereka nyanyikan pula adalah lagu-lagu popular hasil buah tangan adik beradik KRU. Bagi siri yang pertama tadi, Marsha telah mendendangkan lagu Trauma nyanyian Elite, Anding pula telah menyanyikan lagu Bila Terasa Rindu (Dafi) dan terdapat juga lagu Negatif dendangan KRU yang dinyanyikan secara duet oleh Anding dan Marsha.
Bagi Yoyooh, inilah penarik utama bagi siri TV muzikal Hotel Mania ini, Lagu-lagu popular ini telah digubah semula dan penonton dapat mendengar versi baru lagu-lagu tersebut yang dinyanyikan oleh pelakon-pelakon di dalam siri Hotel Mania ini.
Hotel Mania ini ditayangkan di slot Lestary dimana sasaran utama slot ini adalah dari golongan remaja.n. Bagi pandangan saya, secara keseluruhannya konsep drama muzikal ini adalah satu konsep yang masih baru bagi rancangan TV di Malaysia. Syabas diucapkan kepada KRU dan juga Nizam Zakaria selaku pengarah kerana berani untuk mengetengahkan konsep sebegini. Oleh kerana itu, walaupun terdapat beberapa kekurangan dari segi stail visual (baik dari kerja kamera,lakon layar,koreografi dan penataan seni) sekiranya dibandingkan dengan rancangan TV muzikal seperti High School muzikal dan Hannah Montana, namun, bagi satu konsep yang masih baru, ianya perlu diberi pujian.
Dari segi penceritaan, drama muzikal sebegini kebiasaannya tidak mempunyai plot penceritaan yang serius, oleh itu, bagi kami, plot ringan yang dipersembahkan oleh Nizam dalam hotel Mania ini memang bersesuaian dengan konsep drama ini. Lagipun inikan drama muzikal? Konsepnya juga penuh dengan semangat riang ria kehidupan anak muda. Drama ini dipersembahkan untuk penonton enjoy dan terhibur dengan keletah para pelakonnya dan turut sama menggoyangkan badan mengikuti rentak muzik dan nyanyian yang diperdendangkan.
Keseluruhannya, kami di Yoyooh.Com sentiasa menyokong sebarang perubahan dan percubaan-percubaan baru baik di dalam industri perfileman mahupun di dalam bidang penyiaran. Bagi kami drama muzikal adalah sesuatu yang baru dan ianya adalah sesuatu yang positif kepada bidang penyiaran kerana ianya menjadi satu penanda bahawa produksi drama di negara ini mula mencari satu idea dan konsep yang baru untuk dipersembahkan kepada penonton dan ini seterusnya memberi peluang kepada penonton untuk menikmati rancangan-rancangan baru yang tidak klise.
p/s- Serius, Hotel Mania ini lebih seronok ditonton dari menonton sinetron-sinetron merapu dari seberang. J
|
setuju, drama ini pun tunjuk kebaikan halimah i...
hari ibu -
setuju! masyarakat harmoni lahir drpd pembinaan...
LINA CINTYA - X BEST BILA ANDING NYANYI LAGU BI...
QISTINA UMAIRA - KENAPA XBUAT 1 JUTA EPISOD KAN...