YoYoOh! Columnist



Elnorize
Azra



Komen Terkini

2 Hati 1 Jiwa - Sebuah filem yang hambar dan meresahkan.
Written by ares bahar
Wednesday, 03 February 2010 04:45
PDF Print E-mail

 

2 Hati 1 Jiwa adalah filem terbaru arahan Prof. A. Razak Mohaideen. Filem ini adalah sebuah filem yang diinspirasikan dari tragedi sedih yang menimpa pasanagan kembar siam Iran yang bernama Laden dan Laleh yang maut sewaktu cubaan pakar bedah di Singapura untuk memisahkan mereka.

Dari peristiwa sedih itu, Prof Razak cuba mengangkat kisah tentang kehidupan kembar siam yang mungkin berbeza dengan kehidupan manusia normal yang lain. Ini kerana keadaan fizikal mereka yang bercantum sekaligus mewujudkan permasalahan-permasalahan yang kompleks kerana ianya melibatkan dua individu yang berbeza yang terpaksa mengharungi kehidupan seharian bersama-sama. Kemungkinan segala aktiviti yang melibatkan fizikal tidak mendatangkan kerumitan kerana semenjak dari kecil mereka sudah biasa dengan aktiviti berduet mereka namun apabila meningkat dewasa, sudah pasti timbul persoalan emosi diantara dua individu yang berbeza yang tidak dapat tidak kontradik diantara satu sama lain.

Inilah diantara perkara utama yang ditonjolkan di dalam filem ini, dimana Lana ( Fauziah Ghouse) dan Lina (Yasmin Hani) pasangan kembar siam yang bercantum di kepala telah meningkat dewasa dan mempunyai cita-cita dan harapan dan cinta yang berbeza.

Lina dan Lana diterima memasuki Universiti Mara, Kursus mereka berbeza, ini menimbulkan konflik. Begitu juga apabila Lana mula jatuh hati dengan seorang pemuda, Lina pula merasakan pemuda tersebut menjengkelkan lalu timbul lagi konflik. Dan konflik-konflik emosi dan perasaan ini telah menjadikan dua kembar ini jauh hati walaupun secara fizikalnya mereka teramat dekat diantara satu sama lain. Kemuncaknya adalah mereka membuat keputusan untuk berpisah.

Filem ini sekiranya didengari ( tanpa menontonnya) sudah pasti kedengarannya sangat-sangat menarik, iaitu mengenai kembar siam yang melekat di kepala, tetapi sayang. Filem ini hambar dan di dalam masa yang sama meresahkan. Hambar disini adalah kerana jalan ceritanya yang mudah dan berlopong. Dan kelihatan tidak realistik. Contoh yang paling senang adalah seorang gadis yang sangat menonjol tidak bijaknya dan boleh ditebak kadar i.qnya yang rendah melalui perwatakannya ( suaranya yang menjengkelkan itu/ dan sikap keanak-anakannya)  diterima masuk ke dalam fakulti muzik Uitm yang sangat-sangat menitik beratkan bakat di dalam bidang muzik.

Alangkah rendahnya divisualkan taraf fakulti muzik Uitm oleh Razak Mohaideen sekiranya lagu ikan kekek dengan suara yang sumbang sebegitu berkumandang di fakulti muzik yang mulia itu.

Watak Lana (Fauziah Ghouse) hampir dipersetujui oleh sesiapa sahaja yang menonton filem itu sebagai satu bentuk 'kecelakaan' dan 'penghinaan' di dalam bidang lakonan di Malaysia. Amat memalukan industri sekiranya dilihat oleh penonton luar. Antara satu watak yang boleh dinobatkan sebagai watak wanita paling huduh,buruk dan tidak bijak pernah dilakonkan di dalam sejarah sinema Malaysia. Maaf Fauziah. Anda sangat menjengkelkan. Harap anda tidak ulangi lakonan dengan suara yang membuat-buat sebegitu. Sangat menghina intelektual penonton.

Bila ditanya, Fauziah memberitahu bahawa itulah yang dikehendaki oleh skrip. Kalau skrip berkehendakkan dirinya menjadi tolol sebegitu siapakah yang sebenarnya mahukan watak itu menjadi sebegitu? jawapannya mestilah si Sutradara. Dan umum mengetahui Fauziah tidak mempunyai kemampuan yang bagus untuk menjadi seorang pelakon, namun, dia mempunyai aset yang lain iaitu 'rupa paras'nya dan hanya inilah tujuannya...

Satu perkarea yang juga meresahkan hati dan meresahkan intelektual penonton adalah adegan Irma Hasmi diperkosa. Apakah signifikan adegan itu? tergantung sahaja. Ini adegan apa sebenarnya ini? Adegan ini tidak membantu langsung keseluruhan jalan cerita. Nak dikira sebagai sub-plot pun tidak. Mungkin Prof Razak jadikannya adegan ini sebagai satu bentuk PSA yang diselitkan ke dalam filem yang boleh diberikan tajuk -' Jangan bersendirian di tempat gelap' atau ' 'Anak gadis tidak elok berjalan malam bersendirian dan pulang lewat nanti lelaki jahat rogol' atau ape-apalah tajuk yang boleh diberikan yang relevan dengan kejadian rogol Irma di tempat gelap tersebut.

Dan kelakarnya, selepas diperkosa, watak yang dilakonkan oleh Irma Hasmi itu menjalani kehidupannya seperti biasa. Rileks je. Macam tiada apa yang berlaku ke atas dirinya. Sikit trauma pun tiada ditonjolkan oleh watak tersebut. Adakah ini subteks kepada para gadis melayu kita sekarang ini menganggap dirogol itu tidak mendatangkan apa-apa kesan ke atas dirinya. Macam dah biasa...

Selama sejam setengah filem ini berputar dan azab mendengar suara nyaring-gedik-jengkel Lana berakhir dengan happy ending yang aduh, sungguh merenggut hati dan sanubari. Tetapi seperti yang dikatakan oleh kawan gua,

" kau dah tahu itu filem Prof., kau beli juga tiket, janganlah mengeluh..."

p/s- Siapa yang ada anak-anak bawah 12 tahun. Filem ini sangat sesuai untuk mereka. Yang dewasa, tetapi merasakan diri mereka masih 12 tahun, boleh tengok. Anda akan suka dengan Lana. :)

 

 


Quote this article on your site

To create link towards this article on your website,
copy and paste the text below in your page.




Preview :


Powered by QuoteThis © 2008
Comments
Add New
tri  - SEneNg bAnget   |2010-02-05 18:26:43

KOTAK makasih uda dateng ke SMAN 2 PARE .. aqw
tak menyangka bisa ketemu kalian, semoga tambah sukses, n jang lupa bwt
main ke pare lagi... NANTIe bakalan tak kasih tahu kuning sepuasMu...
hehehe
sangap   |2010-02-05 04:42:44
pandai ke che Pojie gosss tu berlakon?
edzlin007   |2010-02-03 23:12:43
haha saya setuju dgn review anda. hmm, tentang fauziah tu, rasanya dia mmg boleh
berlakon sbb tgk dalam drama ok je dia berlakon.

sayang sgt2, rasa mcm nak
minta buat filem ni sekali lagi dgn lebih bagus dan lebih realistik jalan
ceritanya. sbb subjek filem ini dah menarik, pasal kembar siam, tapi sayangnya
ceritanya sangatlah longgar.
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
:D:):(:0:shock::confused:8):lol::x:P:oops::cry::evil::twisted::roll::wink::!::?::idea::arrow:
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."