Yo! Latest
- Music Review : Thank You Allah
- Membuat Panggilan Lebih Mudah Dengan iTalkWhoa!!!
- sertai ello di "Malam PORNografi"
- Konsert Cornetto, Take A Chance, Show Your Love
- Filem : Lagenda Budak Setan
- iTalkWhoa pilihan bijak untuk panggilan Antarabangsa/IDD Call!
- Mael XPDC mendera?
- Music Review : Phobia Phoney
- stesen Radio Tidak Bermaruah dan Bodoh!
- Ruang Peribadi Bagi Remaja, Apa yang Remaja Perlu Elakkan dan Ibu Bapa perlu Lakukan.
- LAGI KES POLIS TEMBAK REMAJA
- PDRM (Polis Di Raja Malaysia) diperleceh oleh seorang GTA (Grand Theft Auto)
- KETAHUI HAK ANDA APABILA DITAHAN POLIS
- Suara Iblis atau Sakit Jiwa?
- 40 Excellent Photoshop Tutorials for Textures and Backgrounds
Yo! Popular
Komen Terkini
|
Sebuah video hubungan seks dalam format MOV, 3GP atau MP4 apabila diletakkan dalam sebuah forum seks melayu dengan mudah dan akan dimuat turun oleh beribu-ribu pelawat sehari. Begitu banyak gambar perempuan melayu bogel di Internet sehinggakan pencarian perkataan melayu bogel itu adalah tinggi. Akibatnya wujudlah pelbagai forum diskusi seks seperti MelayuBoleh dan MelayuBogel. Ada laman yang turut menyediakan kemudahan percuma untuk beban naik dan turun (upload and download) dengan percuma, khas untuk gambar bogel dan video lucah. Dengan kemajuan teknologi, telefon bimbit kini mempunyai teknologi kamera dan rakaman video. Pada rakaman dengan mutu 3.2 Megapixels, ia merupakan rakaman yang paling baik, yang jelas dan bermutu tinggi bagi tayangan di Internet, wajah seseorang jelas dirakam. Rakaman pula akan terus disimpan dalam format yang mudah untuk dikongsikan di Internet seperti MP4 dan 3GP. Fail dalam format 3GP dan MP4 adalah menggunakan format yang boleh mengekalkan mutu gambar dan dalam saiz fail yang kecil. Dengan saiz fail yang kecil ia lebih mudah untuk disebarkan dalam email, dikongsikan dalam forum dan ruang sebaran lain seperti YouTube, Friendster dan pelbagai. Pelbagai perisian tayangan video untuk Windows dan telefon bimbit, boleh tayangkan semula format-format ini. Malah kemajuan pengkongsian fail seperti Infra red, Bluetooth dan Wireless mempercepatkan lagi sebaran tanpa Internet antara telepon bimbit ke telepon bimbit. Ini tidak termasuk pengkongsian antara media yang mudah seperti ThumbDrive atau USB drive. Selain telepon bimbit, kamera digital, teknologi yang digunakan oleh telepon bimbit, mempunyai teknologinya lebih baik lagi. Dengan mutu gambar sehingga 12 Megapixels dan simpanan yang lebih besar dengan penggunaan "expension card" seperti MiniSD, XSD yang boleh mecapai sehingga ruang 4GB dan teknlogi semakin berkembang. Ini tidak termasuk sistem "optical zoom" dan "night vision" yang membolehkan rakaman jauh. Anda juga perlu tahu kewujudan teknologi lensa lubang jarum dan kamera rakaman malam (night vision). Dengan lensa lubang jarum, dengam mudah lensa kamera disorokkan dan berada ditempat lain. Dengan kamera rakaman malam, dengan mudah dalam gelap, gambar dan video dirakam, walaupun tidak sejelas rakaman siang. Wujudnya teknologi perkakas saiz kecil dan lensa lubang jarum, dengan mudah kamera ini disorokkan, dalam kotak, dalam almari, atas siling, belakang gambar, hujung katil, kepala katil dan dimana-mana sahaja asalkan ia tersorok. Dengan jangka hayat bateri yang panjang, ia boleh merakam berjam-jam aktiviti yang dilakukan. Anda mungkin tertanya mengapa kisah teknologi dibangkit dahulu. Mengetahui teknologi yang memudahkan gambar dan video diambil, disimpan dan disebarkan tentu menyeronok tetapi tidak terdetik dalam hati sekiranya gambar-gambar dan video yang terlalu peribadi turut disebar dan disimpan oleh ramai orang? ![]() gambar hiasan Menakutkan? Bagi wanita, rakaman peribadi mungkin dilakukan untuk menjaga hati pasangan. Rakaman video dan gambar waktu hubungan intim dan seks, mungkin diambil dengan rela, dengan andaian gambar-gambar dan video akan disimpan dengan selamat hanya untuk tontonan berdua sahaja. Tidak terfikirkah, sekiranya hubungan menjadi tidak baik, terputus, cinta menjadi benci, apa yang dirakamkan akan mudah disebarkan dalam Internet atau dikongsikan diantara telepon bimbit. Bagaimana pula, jika telepon bimbit hilang atau dicuri orang? Kemungkinan besar gambar-gambar dan video akan dijual dan disebarkan dalam Internet boleh berlaku.Tidak ada cara mudah untuk menyimpan gambar-gambar dan video secara sembunyi dalam media simpanan. Ada ramai yang mahir mencari daripada yang tahu sembunyikan ia dengan selamat. Apabila peralatan dicuri risiko ini anda akan hadapi. Internet dan email di Malaysia boleh dikatakan diguna pakai oleh ramai orang. Seminggu dua atau mungkin dalam masa sehari, gambar-gambar dan video boleh sampai kepada rakan-rakan dan mereka yang mengenali. Ini adalah sungguh memalukan. Tindakan undang-undang tidak mudah. Adalah sukar untuk menghalang sebaran di Internet kerana ia melibatkan banyak laman dan sebaran secara peribadi. Malah tindakan undang-undang adalah umpama pengumuman, sebuah publisiti tanpa rela, merancakkan lagi carian dan pengkongsian fail-fail gambar dan video. Sifat manusia yang ingin tahu, terutama bahan lucah, lagi meningkatkan lagi carian dan sebaran. Pencegahan dan sikap berhati-hati adalah yang terbaik. Katakan tidak. katakan Tidak, Katakan TIDAK. Bagaimana pun anda sayang, macam mana pun anda cinta, katakan tidak kepada rakaman intim dan seksual. Walaupun dia adalah suami/isteri anda sekalipun! Anda kena beringat, cinta boleh jadi benci. Jangan ambil risiko. Bagi umat Islam, anda boleh katakan tidak, kerana bahan lucah walaupun rakaman sendiri dan tontonan sendiri adalah dilarang sama sekali. Anda boleh menolak, jika masih pasangan anda masih berdegil. Ini melibatkan soal maruah. Hubungan seks yang sebenar adalah hubungan intim dan puncak ikatan cinta. Ia hanya antara anda dan dia. Bukan untuk dikongsikan dengan orang lain. Malah ia sepatutnya menjadi ingatan dan kenangan hanya dalam fikiran, tanpa rakaman pada tempat-tempat lain. Barulah bermakna hubungan itu. It's just between you and me. Tanpa kamera dan tanpa dikongsikan dengan sesiapa walaupun antara kau dan aku. Jika dia benar-benar cintakan anda, sepatutnya hubungan intim dan seksual adalah kenangan indah yang hanya disimpan dalam fikiran. Ingatkan ia dengan hanya bercerita berdua, berkongsi, suka dan tidak suka. Apa yang baik dan apa yang tidak sesuai. Ia hanya antara anda dan dia. Jika anda merasa tidak selamat. Lakukanlah hubungan seks dalam gelap. Tidak salah sebenarnya sebab itu sepatutnya, cara ia dilakukan. Yang peribadi perlu sembunyi dan dalam gelap. Malah dalam adab Islam, ia sepatutnya dilakukan dengan cara berselimut, tanpa mendedahkan bahagian-bahagian sulit dan peribadi. Akan tetapi, dalam keseronokan, selimut pun boleh terbang. Maka eloklah hubungan intim dilakukan dalam gelap. Sekiranya anda diugut, laporkan segera kepada pihak polis. Sebaran sebegini boleh dianggap sebagai penderaan secara emosi. Sila dapatkan pertolongan, jangan hadapi ia keseorangan. Sama ada anda turut kehendak pengugut atau tidak, gambar-gambar dan video tetap akan disebar. Serahkan kes ugutan kepada polis. ULASAN EDITOR YOYOOH Apa yang telah diketengahkan, adalah satu realiti dan ada diantara kita mengambil ringan terhadap isu tersebut. Keadaan akan menjadi lebih teruk dengan keberanian remaja sekarang memaparkan aksi-aksi lucah mereka tanpa segan silu di internet. Saya ambil contoh, beberapa rakaman oleh sesetengah remaja di YouTube. Anda boleh membuat penilaian anda sendiri. [Anda diingatkan apa yang bakal anda saksikan ada unsur-unsur lucah dan tidak sesuai untuk tontonan golongan remaja khasnya] Ini adalah sebahagian dari banyak lagi rakaman remaja kita di sekolah yang boleh diperolehi di YouTube. Akses kepada internet, handphone, kamera digital membolehkan mereka merakamkan aksi sebegini dan disiarkan secara terus di internet. Kalau beginilah aksi remaja kita sekarang, bayangkan apa akan jadi di masa akan datang.
Quote this article on your site To create link towards this article on your website, copy and paste the text below in your page. Preview : Powered by QuoteThis © 2008
Powered by !JoomlaComment 3.26
3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Last Updated ( Monday, 06 October 2008 16:28 ) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||














air pon trbalik gak kew??
albumnya bole dibeli thru online store di intea...
ape title lgu yg gabungan anding,ryzal n dafi n...
ya la ..xjumpa pun albumnya lagi kat pasaran.
best la cter ni...