Yo! Latest
- Mila dan Akim AF sebagai gajah yang comel dalam filem JUMBO SI GAJAH BIRU
- Halimah Jongang : Satu Isu Besar?
- Hotel Mania- Drama Muzikal Lokal Terbaru!
- Filem Niyang Rapik - Filem Seram-Seram Suam Terbaru dari Ahmad Idham
- Tips Beli Telefon Bimbit!
- Blog Revisted - Blog Diari Wanita Terbaik.
- JUMBO GAJAH BIRU - Filem animasi bakal meletup di pawagam.
- Review Lu Fikirlah Sendiri
- Yoyooh.Com Blogger Award - Blog Revisited
- Facebook mendatangkan masalah !.
- Kemalangan Berlaku - Apa yang perlu anda buat
- Ekstreme Park Seksyen 13 - Port Tumpuan Remaja.
- Datuk Nasir Safar dan kenyataan Rasisnya.
- 2 Hati 1 Jiwa - Sebuah filem yang hambar dan meresahkan.
- Tampar Je Cikgu Tu, Mak!!!
Yo! Popular
- Tampar Je Cikgu Tu, Mak!!!
- JUMBO GAJAH BIRU - Filem animasi bakal meletup di pawagam.
- 2 Hati 1 Jiwa - Sebuah filem yang hambar dan meresahkan.
- Ekstreme Park Seksyen 13 - Port Tumpuan Remaja.
- Hotel Mania- Drama Muzikal Lokal Terbaru!
- Filem Niyang Rapik - Filem Seram-Seram Suam Terbaru dari Ahmad Idham
- Datuk Nasir Safar dan kenyataan Rasisnya.
- Review Lu Fikirlah Sendiri
- Blog Revisted - Blog Diari Wanita Terbaik.
- Facebook mendatangkan masalah !.
- Kemalangan Berlaku - Apa yang perlu anda buat
Komen Terkini
|
Kursus dan Program Biro Tata Negara bersifat perkauman?
Written by Md Indera
Wednesday, 24 June 2009 11:20
|
|
The Star telah mengeluarkan satu artikel yang mengatakan bahawa program dan kursus anjuran Biro Tata Negara atau lebih dikenali dengan singkatan BTN adalah bersifat perkauman dan menyebabkan perpecahan di antara kaum di negara ini khususnya di antara kaum Melayu dengan kaum-kaum lain. Namun, perkara ini telah dinafikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mengatakan bahawa program anjuran BTN adalah berdasarkan perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk yang berkaitan hak dan kedudukan orang melayu serta bumiputera. Benarkah program anjuran BTN ini tidak bersifat perkauman seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri kita ini? Bagi yang pernah mengikuti program kursus anjuran BTN ini pasti sedikit sebanyak mengetahui apakah intipati sebenar program tersebut. Memang benar. Ianya adalah berkaitan Hak dan Kedudukan orang Melayu serta Bumiputera.
Kerana ianya melibatkan isu tersebut maka program tersebut dianggap bersifat perkauman. Benarkah begitu? Jujurnya penulis yang juga pernah mengikuti program tersebut mengakui bahawa program dan kursus anjuran BTN ini agak bersifat perkauman. Ini kerana, para peserta akan ditakut-takutkan dengan idea bahawa kaum lain, sedang berusaha untuk memansuhkan hak-hak istimewa orang melayu dan seterusnya mahu menguasai Malaysia secara politikal (iaitu satu-satunya kuasa yang masih dipegang oleh melayu apabila kuasa ekonomi sudah dikuasai oleh kaum bukan melayu, khususnya kaum cina). Mungkin tujuan BTN ini adalah untuk kesedaran generasi muda melayu tentang Hak Istimewa mereka namun kaedah BTN memomok-momokkan peserta yang terdiri dari kaum melayu dengan kaum lain yang hidup bersama di dalam sebuah negara seperti di Malaysia ini bukanlah satu kaedah penyedaran yang betul dan bijak kepada generasi muda melayu. Ini kerana, perasaan takut itu akan megundang rasa prejudis dan seterusnya ini akan menghasilkan satu persepsi negatif generasi muda melayu kepada saudara seMalaysianya yang terdiri dari kaum bukan melayu. Jika sudah wujud persepsi negatif dan prejudis ini bagaimana kita mahu membentuk generasi muda satu bangsa Malaysia yang hidup secara harmoni dengan rasa persaudaraan yang erat? Selain itu, program ini juga tidak bersifat demokratik di mana peserta harus menerima arahan dan mengikuti segala perintah tanpa dibenarkan untuk bertanya signifikannya arahan dan perintah tersebut. Hak bersuara peserta telah dinafikan. Ini sememangnya bertentangan langsung dengan semangat prinsip 'kebebasan bersuara' yang di amalkan di negara ini. Selain itu, Idea utama BTN adalah untuk menerapkan satu ideologi yang bersifat 'kepartian' kepada peserta. Rasa cinta dan berterima kasih peserta bukanlah terhadap negaranya semata-mata tetapi juga kepada parti kerajaan yang memerintah. Konsep 'kerajaan Malaysia' dan 'parti pemerintah' telah dikaburkan dan diasimilasikan menjadi satu. Satu kejadian yang pernah penulis alami sendiri adalah satu kejadian yang lucu dan tak masuk akal tetapi inilah bukti BTN adalah program yang bersifat kepartian. Penulis telah menyaksikan sendiri pengharaman pemakaian 'lebai putih' sepanjang program berlangsung tetapi pemakaian songkok dibenarkan. Seorang peserta telah bertindak bangun dan bertanya apakah sebabnya 'lebai putih' diharamkan pemakaiannya, jawapan yang kami terima adalah " Ini arahan, tak perlu soal jawab". Tetapi apabila diselidiki pemakaian 'lebai putih' adalah satu ciri-ciri parti politik tertentu. Jawapan yang kelakar tetapi itulah BTN. Bagaimanapun ini adalah berdasarkan pengalaman penulis, mungkin peserta lain ada pengalaman mereka yang lebih baik dari pengalaman penulis. Anda boleh berkongsi pandangan dan pengalaman anda mengenai BTN di bahagian komen.
Quote this article on your site To create link towards this article on your website, copy and paste the text below in your page. Preview : Powered by QuoteThis © 2008
Powered by !JoomlaComment 3.26
3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Last Updated ( Thursday, 25 June 2009 16:29 ) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||









Aion kinah - link:http://www.aioneukinah.com p...
air jordan - link:http://www.b2c2u.com/ link...
tantri gw suka banget sama gaya dan suara u...T...
adoi x dapat bayangkan mila ngan akim jadi gaja...