Yo! Latest
- Mila dan Akim AF sebagai gajah yang comel dalam filem JUMBO SI GAJAH BIRU
- Halimah Jongang : Satu Isu Besar?
- Hotel Mania- Drama Muzikal Lokal Terbaru!
- Filem Niyang Rapik - Filem Seram-Seram Suam Terbaru dari Ahmad Idham
- Tips Beli Telefon Bimbit!
- Blog Revisted - Blog Diari Wanita Terbaik.
- JUMBO GAJAH BIRU - Filem animasi bakal meletup di pawagam.
- Review Lu Fikirlah Sendiri
- Yoyooh.Com Blogger Award - Blog Revisited
- Facebook mendatangkan masalah !.
- Kemalangan Berlaku - Apa yang perlu anda buat
- Ekstreme Park Seksyen 13 - Port Tumpuan Remaja.
- Datuk Nasir Safar dan kenyataan Rasisnya.
- 2 Hati 1 Jiwa - Sebuah filem yang hambar dan meresahkan.
- Tampar Je Cikgu Tu, Mak!!!
Yo! Popular
- Tampar Je Cikgu Tu, Mak!!!
- JUMBO GAJAH BIRU - Filem animasi bakal meletup di pawagam.
- 2 Hati 1 Jiwa - Sebuah filem yang hambar dan meresahkan.
- Ekstreme Park Seksyen 13 - Port Tumpuan Remaja.
- Hotel Mania- Drama Muzikal Lokal Terbaru!
- Filem Niyang Rapik - Filem Seram-Seram Suam Terbaru dari Ahmad Idham
- Datuk Nasir Safar dan kenyataan Rasisnya.
- Review Lu Fikirlah Sendiri
- Blog Revisted - Blog Diari Wanita Terbaik.
- Facebook mendatangkan masalah !.
- Kemalangan Berlaku - Apa yang perlu anda buat
Komen Terkini
|
Hantu Pocong kembali lagi, kali ini di Pulau Pinang. Beberapa orang penduduk telah mengaku terserempak dengan hantu tersebut. Berita tentang hantu ini telah diletakkan di muka hadapan sebuah akhbar tabloid berbahasa melayu. Di sebalik isu-isu yang lebih penting seperti penularan wabak H1N1 dan Kerajaan Perpaduan yang ditolak oleh PR, berita sensasi mengenai syaitan yang berbentuk jasad di dalam kain kapan ini yang dijadikan berita utama. Awalnya penulis tergelak apabila membaca berita tersebut. Apalah yang dihebohkan sangat dengan kemunculan syaitan ini? Berita-berita sebegini tidak seharusnya di ambil berat langsung. Ini hanya menunjukkan bahawa mentaliti masyarakat kita masih lagi di takuk lama. Percaya dan takut kepada hantu-hantu begini. Hairan sungguh, di zaman pasca moden ni, hantu Pocong ini masih mampu menarik perhatian sehingga di jadikan ‘super star’ dalam sebuah akhbar.
Walaupun penulis mengatakan bahawa isu hantu ini tidak patut diambil berat namun tidaklah bermakna penulis tidak mempercayai kewujudan hantu syaitan ini. Penulis yang juga berasal dari sebuah kampung di Perak sebenarnya sudah bosan dan muak dengan cerita-cerita hantu begini. Hantu penanggal, hantu bajang, hantu raya, hantu galah, Pontianak dan entah apa-apa hantu lagi memang sudah jelak penulis dengar muncul dan menyakat penduduk kampung. Penulis sendiri pernah terserempak dengan hantu penanggal. Berterbangan dalam bentuk bebola api di belukar belakang rumah. Apa nak kecoh? Itu adalah syaitan dan syaitan memang kerjanya menganggu anak-anak Adam. Tidak cukupkah lambakan majalah-majalah nyamuk yang menceritakan tentang perihal hantu begini? Apakah faedah yang masyarakat perolehi dari berita-berita mengarut begini melainkan hanya menyebabkan masyarakat takut dengan syaitan-syaitan begini. Adakah berita ini dijadikan tajuk utama adalah semata-mata kerana mahu membuktikan kewujudan hantu tersebut kepada pembaca seterusnya menggalakkan pembaca mempercayai kewujudan hantu ini? Sekiranya pembaca berita tersebut takut dengan hantu pocong ini, ianya telah mengundang syirik kerana secara tidak langsung telah menyebabkan pembaca takutkan makhluk lain selain Tuhan. Penulis berpendapat akhbar tersebut tidak seharusnya menyiarkan berita-berita picisan sebegini hanya kerana bermotifkan keuntungan semata-mata, ini kerana peranan akhbar selain menyebarkan berita mengenai isu-isu semasa, akhbar juga berperanan penting dalam menjana minda dan intelektual masyarakat. Berita-berita begini hanya akan menyebabkan minda masyarakat merundum dan ini bukanlah satu impak yang diperlukan dari sesebuah akhbar. Quote this article on your site To create link towards this article on your website, copy and paste the text below in your page. Preview : Powered by QuoteThis © 2008
Powered by !JoomlaComment 3.26
3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Last Updated ( Thursday, 25 June 2009 16:27 ) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||











SEO SERVICES - I really appreciate the kind of ...
watches - link:http://www.dearwatches.com/role...
watches - link:http://www.dearwatches.com/role...
watches - link:http://www.dearwatches.com/role...
watches - link:http://www.dearwatches.com/role...