Melayu perlu lebih 'cool'.
Written by Md Indera
Friday, 26 June 2009 12:46
PDF Print E-mail

Melayu Perlu Lebih ‘Cool’…

Orang melayu perlu lebih ‘cool’ atau lebih ‘budiman’ dalam menghadapi persoalan ketidakpuasan hati kaum bukan Melayu di negara ini. Orang melayu tidak seharusnya terlalu cepat melenting dan ‘emo’ apabila hak-hak keistimewaannya dipertikaikan oleh kaum bukan melayu, baik dari ahli politik bukan melayu di parlimen ataupun kenyataan-kenyataan individu-individu bukan melayu di medium media cetak,media elektronik dan paling ‘hype’ sekarang ini di blog-blog ( new media).

Orang Melayu perlu sedar dan yakin bahawa hak-hak keistimewaan mereka sentiasa terpelihara di bawah perlembagaan Malaysia. Orang melayu tidak perlu ‘paranoid’ dan terlalu ‘fobia’ bahawa hak-hak ini akan dirampas oleh bukan melayu selagi perlembagaan Malaysia ini tidak diubah. Sikap paranoid dan fobia ini adalah satu sikap ‘lemah’ yang tidak perlu ada pada orang melayu. Melayu adalah satu kaum yang ‘superior’ di Malaysia ini. Ini negara nenek moyang kita, ini tanah air kita, namanya dahulu pun Tanah Melayu, tiada siapa pun yang boleh mengubah kenyataan ini.

Orang melayu tidak perlu ‘emo’ melampau kerana termakan dek provokasi pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang cuba untuk menafikan hak-hak istimewa orag melayu. Mereka tidak mampu berbuat apa-apa selain dari berkata-kata. Biarlah berbuih mulut mereka mempertikaikan hak istimewa orang melayu ini. Di waktu keadaan politik orang melayu yang lemah ini ( i.e parti Melayu utama iaitu UMNO mengalami krisis sokongan dari pengundi melayu), ramai pihak terutamanya dari ahli politik bukan melayu tidak kira samada pembangkang ataupun dari parti komponen Barisan Nasinal ,cuba menangguk di air keruh, cuba untuk jadi ‘champion’. Mereka akan mempermain-mainkan isu sensitif hak istimewa ini bagi kepentingan politik mereka.

Walaupun begitu, orang melayu tidak perlulah termakan provokasi dan ‘beremosi’ sehingga mengeluarkan kenyataan-kenyataan balas yang secara tidak langsung menyakitkan hati kaum bukan melayu di negara ini akibat provokasi tersebut. Kerana seorang dua pemimpin politik bukan melayu yang jahat cara berpolitiknya ini, tak kan lah perlu orang melayu mengadakan demontrasi dengan mengangkat sepanduk yang berbunyi seperti “Kaum Pendatang Jangan Kurang Ajar” atau “Jangan Sampai Keris Terhunus” atau entah apa-apa lagi sepanduk yang secara tidak langsung telah mengguris perasaan kaum-kaum bukan melayu hanya kerana marahkan seorang dua ahli politik bukan melayu tersebut.

Sekiranya ini berlaku, maka tercapailah tujuan jahat ahli politik melayu tersebut iaitu mahu kaum bukan melayu merasa tersinggung dengan gelagat ‘latah’ orang melayu yang ‘emosional’ membabi buta. Seterusnya ini akan menyebabkan kaum bukan melayu bertindak mengajar ‘orang-orang melayu’ ini dengan menyokong parti-parti politik alternatif politiknya yang lebih bersifat ke’Malaysiaan’.

Selain dari ahli politik bukan melayu, pada masa inilah ahli politik melayu turut cuba mempermainkan isu hak keistimewaan ini. Mereka ini juga mahu jadi ‘champion’ dengan sengaja menggunakan isu-isu ini untuk meraih sokongan politik dari orang melayu. Ahli politik melayu yang tidak bertanggungjawab ini turut mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan terhadap kaum bukan melayu agar orang melayu sentiasa fobia dan prejudis dengan kaum bukan melayu. Seperti mana yang berlaku di Pulau Pinang juga beberapa bulan yang lepas apabila secara terang-terangan seorang ahli politik melayu mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan dan perkauman sewaktu berceramah. Tujuannya adalah untuk orang melayu bersatu namun seruan ‘bersatu’ ini bersifat jahat dan berbahaya kerana ianya mempermainkan isu yang juga sensitif bagi kaum bukan melayu.

Perbuatan ini sama jijiknya dengan perbuatan ahli politik bukan melayu yang cuba mempermainkan isu hak-hak istimewa oran melayu.ini kerana kedua-duanya hanya akan menggugat hubungan dan keharmonian kaum di negara ini.

Melayu sebagai kaum yang dominan di Malaysia, yang mempunyai pelbagai keistimewaan dan hak-hak yang sangat-sangat memberi kelebihan kepada mereka haruslah sentiasa ingat bahawa kelebihan itu sentiasa dicemburui, dan perasaan tidak ‘puas hati’ terhadap kelebihan itu sentiasa wujud di kalangan kaum bukan melayu. Oleh yang demikian, sebagai pemegang hak dan keistimewaan itu, orang melayu tidak perlu cepat melenting apabila ada yang mempertikaikan hak tersebut. Hak tersebut masih kukuh di genggaman. Kenapa perlu kita berkumpul, terjerit-jerit, dan marah-marah? Biarkan sahaja pihak berkuasa yang melakukan tugas mengajar mereka yang ‘cemburu buta’ dan tidak mahu menerima hakikat serta memahami sejarah mengapa ‘orang melayu’ berhak memperolehi keistimewaan itu.

Oleh itu, sekiranya kita dikejutkan lagi dengan kenyataan-kenyataan yang mempertikaikan hak-hak orang melayu. Bertenanglah. Buktikan kepada mereka bahawa orang melayu kuat mentalnya, tahan diprovokasi, kadang kala senyum sinis adalah lebih berbisa dari satu tumbukan. Seperti mana yang telah ditulis di atas;

Mereka hanya boleh berkata-kata dan tidak mampu untuk mengubah apa-apa.


Quote this article on your site

To create link towards this article on your website,
copy and paste the text below in your page.




Preview :

Melayu perlu lebih 'cool'.
Friday, 26 June 2009

© 2010 - yoyooh


Powered by QuoteThis © 2008
Comments
Add New
Charco   |2009-07-22 06:54:01
Baca entry ni membuatkn aku sentiasa beringat bahawa "ALLAH tidak akan
mengubah nasib sesuatu kaum melainkn kaum itu sendiri berusaha untuk
mengubahnya"

Kalo kita sedar yg diri kita sering diperkotak katikkn, jd
bersama2lah kita berusaha utk memajukan diri kita dr menjadi "bahan
mainan" pihak2 tertentu
ares bahar   |2009-06-30 00:32:22
betul...

Bak kata pepatah,

jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu nak
dibakar...

Kerana marahkan dua tiga orang, habis satu kaum kita nak
singgungkan...

Tak baik tau!
silbiabigail   |2009-06-29 21:55:25
avatar sebaiknya GPRS ea.. bukan.. GPMS yg turun padang (bkn skadar melepaskan batuk di
tepi surau atau hangat2 teh tarik mamak)tuk menambat hati generasi melayu
(pelapis) utk perubahan pemikiran dan gaya pimpinan parti politik org melayu.
ellin   |2009-06-29 12:12:44
mmg entry yg bagus
malay_rhapsody   |2009-06-29 07:19:22
avatar cool entry!
edzlin007   |2009-06-29 03:48:40
setuju, ia kelihatan seperti melayu memperbodohkan diri.
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
:D:):(:0:shock::confused:8):lol::x:P:oops::cry::evil::twisted::roll::wink::!::?::idea::arrow:
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Last Updated ( Sunday, 28 June 2009 00:37 )