Yo! Latest
- Mila dan Akim AF sebagai gajah yang comel dalam filem JUMBO SI GAJAH BIRU
- Halimah Jongang : Satu Isu Besar?
- Hotel Mania- Drama Muzikal Lokal Terbaru!
- Filem Niyang Rapik - Filem Seram-Seram Suam Terbaru dari Ahmad Idham
- Tips Beli Telefon Bimbit!
- Blog Revisted - Blog Diari Wanita Terbaik.
- JUMBO GAJAH BIRU - Filem animasi bakal meletup di pawagam.
- Review Lu Fikirlah Sendiri
- Yoyooh.Com Blogger Award - Blog Revisited
- Facebook mendatangkan masalah !.
- Kemalangan Berlaku - Apa yang perlu anda buat
- Ekstreme Park Seksyen 13 - Port Tumpuan Remaja.
- Datuk Nasir Safar dan kenyataan Rasisnya.
- 2 Hati 1 Jiwa - Sebuah filem yang hambar dan meresahkan.
- Tampar Je Cikgu Tu, Mak!!!
Yo! Popular
- Tampar Je Cikgu Tu, Mak!!!
- JUMBO GAJAH BIRU - Filem animasi bakal meletup di pawagam.
- 2 Hati 1 Jiwa - Sebuah filem yang hambar dan meresahkan.
- Ekstreme Park Seksyen 13 - Port Tumpuan Remaja.
- Hotel Mania- Drama Muzikal Lokal Terbaru!
- Filem Niyang Rapik - Filem Seram-Seram Suam Terbaru dari Ahmad Idham
- Datuk Nasir Safar dan kenyataan Rasisnya.
- Review Lu Fikirlah Sendiri
- Blog Revisted - Blog Diari Wanita Terbaik.
- Facebook mendatangkan masalah !.
- Kemalangan Berlaku - Apa yang perlu anda buat
Komen Terkini
|
Mahasiswa Berdemonstrasi - Bantah e-voting.
Written by Mat Spot Blog
Saturday, 30 January 2010 01:01
|
|
Mahasiswa di dua buah universiti utama di lembah Klang iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya telah mengadakan demonstrasi petang tadi bagi membantah keputusan pilihan raya kampus yang didakwa mereka telah dimanipulasikan dan tidak telus. Bantahan ini dilakukan oleh para pelajar dari kumpulan Pro - Mahasiswa iaitu kumpulan pelajar yang dikaitkan dengan parti pembangkang. Bantahan ini diadakan berikutan keputusan pilihanraya kampus yang tidak memihak kepada mereka di Universiti Malaya. Mereka telah tewas di Universiti Malaya kepada kumpulan pro- Aspirasi ( kumpulan pelajar yang menyokong kerajaan) dan keputusan undi di dua buah fakulti di Universiti Kebangsaan Malaysia dibantah. Kumpulan pelajar ini mendakwa sistem pengundian secara e-voting yang diperkenalkan bagi menggantikan pengundian melalui kertas undi secara manual adalah tidak telus dan terdedah risiko bilangan undi dimanipulasikan. Pasukan Polis Simpanan Persekutuan terpaksa dikerahkan bagi mengawal keadaan di dalam kampus dan beberapa tangkapan juga telah dibuat walaubagaimanapun, pelajar yang ditangkap telah dibebaskan. Di Universiti Malaya, pihak universiti telah menangguhkan keputusan pilihanraya bagi memenuhi tuntutan kumpulan pelajar ini dan sekiranya dakwaan mereka benar, pilihanraya kampus kemungkinan akan diadakan semula. Komen gua:- Sudah agak lama kita tidak mendengar pelajar nekad untuk berdemonstrasi sebegini. Adakah para pelajar ini telah dihasut oleh pihak luar supaya berdemonstrasi ( untuk menimbulkan suasana huru hara) ataupun ianya memang di atas kesedaran para pelajar itu terhadap sistem demokrasi dimana mereka tahu bahawa demonstrasi secara aman itu adalah hak mereka. Lagipun hak pengundi untuk mendapatkan satu pilihanraya yang adil adalah salah satu elemen penting di dalam sistem demokrasi. Kenapa tidak dikekalkan sahaja cara pengundian melalui kertas undi seperti dahulu. Gua sendiri pun pelajar juga di salah sebuah IPTA dan secara jujurnya gua juga ragui ketelusan sistem e-voting ini. Ingat, siapa yang mengawal server, dia juga mampu mengawal dan memanipulasikan jumlah undi!!! Gua rasa demonstrasi yang tercetus oleh para pelajar ini bukanlah disebabkan mereka tewas dalam pilihan raya, tetapi kerana rasa tidak puas hati terhadap e-voting itu. Kekalahan itu diragui dan dipersoalkan. Oleh itu gua rasa baiklah pilihanraya di Universiti Malaya itu diadakan semula secara mansual. Kali ni, kalau kumpulan pelajar itu kalah lagi. Dah tentu dia orang dah tak boleh cakap apa lagi dah. Kan senang?
Quote this article on your site To create link towards this article on your website, copy and paste the text below in your page. Preview : Powered by QuoteThis © 2008 |
| Last Updated ( Saturday, 30 January 2010 01:19 ) |








Aion kinah - link:http://www.aioneukinah.com p...
air jordan - link:http://www.b2c2u.com/ link...
tantri gw suka banget sama gaya dan suara u...T...
adoi x dapat bayangkan mila ngan akim jadi gaja...