Yo! Latest
- Mila dan Akim AF sebagai gajah yang comel dalam filem JUMBO SI GAJAH BIRU
- Halimah Jongang : Satu Isu Besar?
- Hotel Mania- Drama Muzikal Lokal Terbaru!
- Filem Niyang Rapik - Filem Seram-Seram Suam Terbaru dari Ahmad Idham
- Tips Beli Telefon Bimbit!
- Blog Revisted - Blog Diari Wanita Terbaik.
- JUMBO GAJAH BIRU - Filem animasi bakal meletup di pawagam.
- Review Lu Fikirlah Sendiri
- Yoyooh.Com Blogger Award - Blog Revisited
- Facebook mendatangkan masalah !.
- Kemalangan Berlaku - Apa yang perlu anda buat
- Ekstreme Park Seksyen 13 - Port Tumpuan Remaja.
- Datuk Nasir Safar dan kenyataan Rasisnya.
- 2 Hati 1 Jiwa - Sebuah filem yang hambar dan meresahkan.
- Tampar Je Cikgu Tu, Mak!!!
Yo! Popular
- Tampar Je Cikgu Tu, Mak!!!
- JUMBO GAJAH BIRU - Filem animasi bakal meletup di pawagam.
- 2 Hati 1 Jiwa - Sebuah filem yang hambar dan meresahkan.
- Ekstreme Park Seksyen 13 - Port Tumpuan Remaja.
- Filem Niyang Rapik - Filem Seram-Seram Suam Terbaru dari Ahmad Idham
- Hotel Mania- Drama Muzikal Lokal Terbaru!
- Datuk Nasir Safar dan kenyataan Rasisnya.
- Review Lu Fikirlah Sendiri
- Blog Revisted - Blog Diari Wanita Terbaik.
- Facebook mendatangkan masalah !.
- Kemalangan Berlaku - Apa yang perlu anda buat
Komen Terkini
![]() KUALA TERENGGANU 9 Dis. 2009 - Seorang pemborong barang kemas dari Kuala Lumpur rugi hampir RM1 juta apabila barang kemas yang ditinggalkan di sebuah kedai emas di Jalan Sultan Zainal Abidin di sini dilarikan sekumpulan lima orang dipercayai warga Arab hari ini.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 2 petang, selepas mangsa meninggalkan tiga beg berisi barang kemas dalam peti besi di sebuah kedai emas berhadapan Pasar Payang. Mangsa yang baru tiba di Kuala Terengganu bersama dua rakannya meninggalkan barang kemas itu sebelum pergi makan tengah hari di sebuah kedai makan di hadapan pasar itu. Pemilik kedai emas terbabit, Zakaria Yusof, 46, berkata, dia bersama isteri, adik ipar dan anaknya berusia 11 tahun sedang melayan beberapa orang pelanggan apabila lima orang termasuk seorang wanita dipercayai warga Arab tiba-tiba memasuki kedainya. "Empat warga Arab itu berdiri di depan kedai serta berpura-pura melihat barang kemas yang dijual. Mereka kemudian menepuk bahu kami termasuk para pelanggan menyebabkan badan terasa kebas dan lidah menjadi kelu. "Seorang lagi warga Arab itu kemudian pergi ke bilik yang menempatkan peti besi yang hanya dikunci secara biasa dan tidak menggunakan kunci bernombor, lalu mengambil tiga beg berisi barang kemas berkenaan," katanya ketika ditemui di kedai terbabit hari ini. Zakaria berkata, mereka tidak memahami percakapan penjenayah tersebut apabila salah seorang daripada mereka cuba berkomunikasi dengannya. Malah, empat rakannya itu bercakap menggunakan bahasa Arab sesama mereka. Katanya, mereka semua berasa seperti 'tersedar' apabila salah seorang pelanggan menegur beg yang dibawa lelaki Arab itu milik tuan punya kedai atau lelaki tersebut. "Sebaik sahaja penjenayah itu keluar dari kedai, saya mengarahkan adik ipar saya mengejar dengan motosikal namun gagal menemui mereka. "Saya kemudian segera menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian tersebut," ujarnya. Sementara itu, pemborong yang hanya mahu dikenali sebagai Teo, 30, berkata, kedai emas itu merupakan yang ketiga disinggahinya sejak tiba di Kuala Terengganu pagi ini. "Selalunya saya meninggalkan beg berisi barang kemas dalam peti besi kedai kerana memberi peluang kepada pemilik kedai memilih barang kemas yang ingin dibeli. "Hampir lapan tahun dalam perniagaan barang kemas, ini kali pertama kejadian seumpama ini berlaku," katanya yang enggan mengulas panjang. Pemborong yang berasal dari Seri Petaling, Kuala Lumpur itu mendakwa, dia rugi kira-kira RM900,000 ekoran kehilangan barang kemas tersebut. Quote this article on your site To create link towards this article on your website, copy and paste the text below in your page. Preview : Powered by QuoteThis © 2008 |









Welcome link:http://www.chanelsunglassessale.c...
Getting link:http://www.tiffanyvip.com up lin...
Television link:http://www.guccisunglassessale...
In link:http://www.chaneljewelrysale.com many ...
At link:http://www.tiffanyhotsale.com about l...