Corat-coret Azra
Obama Mia !
Written by Azra
Friday, 21 November 2008 11:25
PDF Print E-mail

 

 

Berita kemenangan Barrack Obama masih tidak surut. Apa tidaknya, kerana Obama belum pun menjejakkan kaki ke Rumah Putih. Terlalu menggunung harapan manusia sejagat untuk mehirup udara perubahan yang bakal dibawa oleh Obama. Rakyat Amerika Syarikat (AS) sendiri rata-rata menyimpan seribu harapan untuk melihat AS kembali stabil dari sudut ekonomi dan keamanan, iaitu bebas dari ancaman musuh-musuh tradisinya. Ramai di kalangan rakyatnya yang sudah mual dengan dasar “jaga tepi kain orang” dan “tunjuk terror” yang dibawa oleh George. W. Bush sedangkan ekonomi negara terumbang ambing. Rakyat kulit hitamnya  terutama sekali paling terjerat dengan kemelut ekonomi dan kurang terdedah terhadap peluang-peluang merebut kekayaan yang dimonopoli oleh orang kulit putih. Lantaran itu, kemenangan Obama sebagai Presiden AS yang baru begitu bererti dan membawa sentimen kemenangan perkauman di kalangan warga kulit hitam walaupun tidak diwar-warkan dikalangan mereka. Masakan tidak, warga kulit hitam telah menunggu selama 232 tahun semenjak kemerdekaan (4/07/1776) untuk melihat bangsanya menjadi pemimpin nombor 1 di tanah air “Uncle Sam” itu.

Last Updated ( Friday, 21 November 2008 11:29 )
 
Naomi Campbell kena ragut?
Written by Azra
Tuesday, 21 October 2008 14:59
PDF Print E-mail

 

Jangan berangan nak jadi Naomi Campbell jalan sorang-sorang...

 

 

 


Ni AZRA nak cerita pengalaman kawan AZRA minggu lepas. Minah ni memanglah ranggi, suka pakai” bling-bling”walaupun ketulenan barang kemasnya diragui! Sedang dia berjalan berseorangan menuju ke terowong berhampiran padang bola sepak di Kelana Jaya,beg tangannya secara tiba-tiba direntap oleh dua pemuda bermotosikal.

 

Last Updated ( Wednesday, 12 November 2008 18:35 )
 
Corat Coret Azra - Salam Pengenalan
Written by Azra
Wednesday, 15 October 2008 00:00
PDF Print E-mail

Asalamualaikum, Salam Ceria kepada keluarga Yoyooh. Walaupun Syawal sudah pun masuk minggu kedua, masih sempat AZRA ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf, Zahir dan Batin kepada semua. AZRA hanya mengetahui laman Yoyooh baru-baru ini dari seorang sahabat karib. Setelah melewatinya, AZRA mendapati laman web Yoyooh ini sungguh cool dan happening!

 

AZRA masih baru di dalam bidang penulisan walaupun pernah melibatkan diri sebagai wartawan sekolah lebih sedekad lalu.Pasti terdapat banyak kesilapan dan kekurangan dalam setiap penulisan AZRA di masa akan datang, namun kerana hajat utama AZRA untuk mendekati dan memahami dunia remaja dan belia masa kini, kekurangan itu tidaklah AZRA pedulikan sangat.

 

Kemunculan AZRA sebagai kolumnis bebas di laman web ini diharap akan dapat mewarnai kemeriahan dan kepelbagaian cerita dan informasi yang sedia ada di laman web ini. Besar harapan AZRA agar isu-isu yang akan diutarakan akan mendapat maklum balas positif dan saranan bernas dari keluarga Yoyooh.

 

Nantikan kemunculan AZRA tidak lama lagi. Sehingga ketemu lagi, Salam Ceria!

Last Updated ( Tuesday, 21 October 2008 14:58 )