Elnorize berkata-kata
Sana Sini Awards...
Written by elnorize
Tuesday, 21 July 2009 00:13
PDF Print E-mail

Terlebih dahulu, Kak El nak ucapkan TAHNIAH pada pemenang anugerah blogger and the blog squad anjuran yoyooh beberapa minggu lepas. Sorry la ya..Kak El idok ler dpt dtg sbb berada diluar negara masa tu. Kerja ya dek...bukan ke luar negara bersuka ria. Dun worry, kak el juga bebas dari Influenza A:H1N1. Dengar2 kat yoyooh nyer event tu,  lauk sotong sangat la sedap dan Pyan Habib menjadi tumpuan yg datang malam tu.

Bila naik kapal terbang masa balik  from LA via Taipei, semua orang menutup aurat gitu. Aurat mulut. Biasanya memang bising dalam kapal terbang. Almaklum la orang Taiwan agak bising bila naik kapal terbang. Tapi kali ini....kureng la kebisingannya. Terpaksa tutup mulut la kut...takut dijangkiti.

Balik je, rehat sehari dan the next day keja balik. Kejanya , tgk apa2 yg patut kat Shout awards tu. Company  tempat Kak El  kerja, jadi penaja utama show malam tu. Not bad la. Kira happening la jugak cuma Kak EL jer, agak pening sikit sbb tak tahan dengar manusia menjerit. Apa boleh buat dek..dah namanya Shout awards...so menjerit je la dorang ni.

 
Kempen yang mana pilihan hati?
Written by elnorize
Friday, 29 May 2009 00:13
PDF Print E-mail

Lama beno Kak El tak menulis kat column yoyooh nieh. Sibuk bebeno mengkritik blog orang utk "Yoyooh.com Blog Squad" tu.

Kali ni, Kak El nak menyentuh isu politik sikit. Tentang cara berkempen orang-orang politik untuk meraih sokongan dan undi.

Baru-baru ni Kak El balik kampung. Sempat la melepak ngn makcik2 yang ado bersama kakak2 yang dah duduk menetap kat kampung. Walaupun generasi muda semua pegi bandar mencari rezeki, mencari kemewahan, mengejar cita-cita...masih ada lagi generasi muda di kampung.

Melepak sambil membuat persiapan kenduri kendara. Bergotong royong memotong bawang, mengupas kentang...untuk juadah kenduri kendara.

Sambil2 tu, topik politik turut diselitkan. Tentang cara ahli politik berkempen. Kisah lama tapi masih dibualkan. Kisah semasa pilihanraya umum yang lalu.

 
Cerita Panas Akademi Fantasia
Written by elnorize
Thursday, 21 May 2009 14:24
PDF Print E-mail

 

Akademi Fantasia dah pun berakhir dan semua dah pn tahu siapa juaranya.

Walaupun dah habis ada juga cerita-cerita panas yang kita dengar sana sini.Kak El senaraikan  7 points atau cakap2 belakang tentang AF7.

 

1- Hadiah diumumkan saat akhir. Kononnya nak buat kejutan. Kak El tak terkejut pun! Kalau nak buat kejutan wahai tenaga produksi, pastikan hadiah lebih meletup daripada apa yang Mawi menang masa AF3 tu. Dari sumber tertentu dengar2, takde sape nak menaja AF , sebab tulah hadiah tak diumumkan dari awal.  Hadiah kereta HONDA tu pun tajaan saat-saat akhir.

Last Updated ( Thursday, 21 May 2009 14:39 )
 
Selsema BABI kini digelar Influenza A H1N1
Written by elnorize
Saturday, 02 May 2009 01:46
PDF Print E-mail

Kecoh pasal selsema babi.

"Ehhh..Ah Lun masuk hospital !!"

"Yezzaa...sakit apa?"

"Suspected Selsema BABI"

 

 

Buruk beno nama penyakit tu. Tegak bulu roma Kak El dengor. Apa pun yang terbaru, keseragaman telah ditetapkan. Selsema BABI kini nama barunya ialah Influenza A H1N1.

Hari tu baru je Kak El kena selsema. Bersin kuat gila kat opis. Belum lagi bunyi dengusan Kak El yang sangat menggangu Roslan yang duduk di meja berhampiran. Bunyi pun dah macam bintang tu. Cuak jugak la kan! heheheh

Last Updated ( Saturday, 02 May 2009 02:10 )
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 Next > End >>

Page 1 of 5