|
[yoyooh Original posting]
Oleh / Foto : Megat Eusofe

Lokasi : Galeri Petronas
Tarikh Pameran : Dari 25.11.2008 sehingga 18.01.2009
Bagaikan emas ... itulah yang boleh dikatakan bila melihat arca-arca tembaga & loyang oleh pengarca antarabangsa , Amin Gulgee. Dilahirkan di Pakistan pada tahun 1969. Beliau merupakan anak lelaki kepada pengamal seni khat yang terkenal iaitu Ismail Gulgee. Lepasan dari Universiti Yale , USA. Beliau telah membuat pameran pada hasil-hasil karyanya di sekitar USA , Eropah dan Timur Tengah. Sentiasa menjadikan besi sebagai unsur utama karyanya.
Beliau dilihat sebagai perintis menjadikan unsur budaya pakistan dan agama islam sebagai satu tema.
Last Updated ( Saturday, 13 December 2008 14:46 )
|