Hentikan serangan terhadap rumah ibadat
Written by rudin
Thursday, 21 January 2010 14:43
PDF Print E-mail

Berikutan kontroversi kalimah Allah yang membawa kepada reaksi melampau serangan terhadap gereja , pihak polis akhirnya berjaya menahan 8 suspek bagi membantu siasatan berhubung insiden serangan bom petrol terhadap sebuah gereja.

Penahanan ini sekaligus telah menutup mulut pihak-pihak yang cuba membuat spekulasi bahawasanya terdapat sikap double standard kerajaan dan pihak berkuasa di Malaysia yang seolah-olah tidak mengambil serius terhadap insiden serangan terhadap rumah beribadat pengganut Kristian di negara ini.

Selain itu, penahanan 8 suspek ini juga menunjukkan kesungguhan pihak polis dalam usaha memelihara keharmonian dan keamanan masyarakat di Malaysia kerana seperti yang kita sedia maklum insiden serangan terhadap rumah beribadat merupakan satu isu yang sensitif yang mampu menimbulkan ketegangan di antara pengganut Kristian dan Islam di negara ini. Kita tidak mahu lihat berlakunya insiden yang lebih buruk akibat perasaan tidak puas hati yang akhirnya boleh mencetuskan huru hara di negara ini.

Namun penulis beranggapan bahawa kejayaan pihak berkuasa menahan 8 orang suspek itu sudah sedikit terlambat. Ini kerana sudah berlaku reaksi-reaksi ekstrim yang cuba membalas serangan tersebut dengan mensasarkan pula tempat-tempat beribadat umat Islam di negara ini.

Last Updated ( Thursday, 21 January 2010 14:50 )
 
Mila dan Akim AF sebagai gajah yang comel dalam filem JUMBO SI GAJAH BIRU
Written by ares bahar
Tuesday, 09 March 2010 18:30
PDF Print E-mail

 

 

Malam Pratonton JUMBO GAJAH BIRU

 

Saksikan filem animasi JUMBO GAJAH BIRU  yang akan ditayangkan di pawagam pada 11 MAC 2010. Filem animasi yang sesuai untuk seisi keluarga ini menampilkan suara juara AF iaitu Mila dan Akim.

Last Updated ( Wednesday, 10 March 2010 17:05 )
 
Nautica VS Rush VS Terios
Written by ferocidious
Tuesday, 01 July 2008 16:15
PDF Print E-mail

 

perodua nautica

 

Perodua Nautica

 

Pertengahan Mei lalu, Perodua telah melancarkan satu lagi model baru dalam rangkaian produk mereka. Perodua Nautica. Sebuah pacuan empat roda mini lima tempat duduk yang ditenagai oleh enjin DVVT 1.5L 3SZ-VE daripada Toyota bagi menggantikan model Perodua Kembara yang ditenagai oleh enjin 1.3L. Satu pembaharuan yang baik kerana ini akan memberikan model ini lebih tenaga dengan penjimatan minyak yang lebih baik jika dibandingkan dengan Kembara.

 

Jika dibandingkan dengan abangnya, Kembara, model ini juga menyajikan aksesori penuh seperti cermin sisi elektrik, 4 tingkap berkuasa, Stering berkuasa, ABS dan EBD, Beg udara berkembar, lampu kabus, “immobilizer” dan lain-lain yang mampu memberikan lebih keselesaan dan keselamatan kepada pengguna.

Dengan dua pilihan warna iaitu Kelabu Medallion dan Hitam Majestic, pengguna boleh memiliki model ini yang didatangkan dengan kotak gear automatik lima kelajuan dengan harga RM 89,900.

 

Last Updated ( Thursday, 03 July 2008 14:34 )
 
About Makan [Coast, Alamanda]
Written by ray eusouff
Wednesday, 25 June 2008 23:30
PDF Print E-mail

[YoyoOh Original Posting]

This my first review about food and restaurant.
First of all. Layak ke bagi kritik or buat review? I asked myself that. I am lousy at cooking but on the bright side I have few good reasons of my own.

For the past 10 years I have traveled extensively all over the world to 5 different continents. I love food. Itulah kelebihan menjadi flight crew. You can try food from all over the world.
Sebelum jadi crew, Ray pernah kerja as in a hotel as a Concierge. Being a Concierge, I recommends good restaurants to guests. I also received invitations from major restaurants in KL to their restaurants, so that I can recommends them to our hotel guests. All complimentary.

I learned about food and beverage as it is important for my work as a cabin crew. I served food to passengers and trained to serve first class travelers. I must have good product knowledge about food and beverages.

 

 

Last Updated ( Monday, 06 October 2008 15:52 )
 
[Fotografi] Gadis Afghan
Written by Megat Eusofe
Sunday, 20 July 2008 18:24
PDF Print E-mail
 [ yoyooh Original posting ]
oleh Megat untuk Yoyooh.com
 
 
Pernahkah anda  melihat imej ini ? Seorang gadis berambut panjang mengurai dengan mata bewarna hijau laut , merenung tajam kepada kamera. Jika tidak pernah melihatnya di mana-mana, Cubalah teka !! . Siapakah gadis ini ? Yang wajahnya pernah mencipta satu isu dunia kira-kira  23 tahun yang lalu. Yang kecantikannya menjadi sumber harapan kepada erti sebuah kehidupan.
 
Last Updated ( Monday, 06 October 2008 17:53 )
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 5 of 26