Perempuan Dominasi IPT
Written by Janggut
Monday, 29 June 2009 22:10
PDF Print E-mail

Golongan wanita sekali lagi membuat kejutan! Kali ni, mereka mendominasi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan. Dilaporkan, sebanyak 26,200 dari 40,366 tempat di IPT telah diisi oleh mereka; menjadikan penguasaan sebanyak 65 peratus. Selebihnya diisi oleh kaum lelaki.

Dominasi pelajar perempuan di IPT bukanlah satu perkara yang memeranjatkan. Fenomena ini telah lama berlaku di Negara kita. Lihat saja di mana-mana pusat pendidikan, majoriti pelajar perempuan menguasai. Bukan mahu menafikan kelebihan lelaki, tetapi ini merupakan satu situasi yang reality dan perlu di pandang serius.

Kepada si lelaki, apa sudah jadi? Kata tidak suka bekerja di bawah ‘pemerintahan’ wanita, tetapi situasi sekarang ini mendorong kepada penguasaan mereka dalam pemerintahan syarikat (dan mungkin Negara) kelak. Lebih baik mula bertindak!

Jangan disalah sangka pula. Bukan mengejek, tetapi sengaja mahu mencabar kredibiliti pelajar lelaki di luar sana untuk lebih berdaya saing. ‘Revolusi wanita’ yang sedang berkembang ini tak seharusnya dipandang enteng. Kini, mungkin mereka menguasai bidang pendidikan, mungkin pada masa akan datang, ekonomi pula dikuasai mereka. Jika dilihat dari sudut positif, memang baiklah! Sebab golongan Hawa kini mampu melakukan pelbagai perkara dan lebih kreatif! Tetapi, jika dinilai semula, mungkin lama-kelamaan situasi ‘Mr. Mama’ akan mula muncul sedikit demi sedikit. Golongan yang seharusnya mencari nafkah untuk keluarga sebaliknya duduk di sofa menyelak majalah hiburan.

Jadi, baik lelaki atau perempuan, manfaatkanlah segala ilmu yang diperoleh sementara di menara gading. Gunakanlah ilmu-ilmu itu sebaiknya sebagai bekal mencari satu pekerjaan murni pada masa akan datang.

Selamat Menjadi Mahasiswa/i.


Quote this article on your site

To create link towards this article on your website,
copy and paste the text below in your page.




Preview :

Perempuan Dominasi IPT
Monday, 29 June 2009

© 2010 - yoyooh


Powered by QuoteThis © 2008
Comments
Add New
Charco   |2009-08-03 19:22:40
huhu..tiap2 tahun perkara sama yg berlaku.. untuk kaum lelaki..tepuk dada,tanya
la diri...
ares bahar   |2009-07-04 12:28:44
takde masalah... lelaki dan perempuan adalah equal.
edzlin007   |2009-07-01 00:02:24
betul...betul... lelaki kena jg rajin belajar, sebab lelaki ketua keluarga.
malay_rhapsody   |2009-06-30 20:50:26
avatar janggut....

"golongan wanita sekali lagi membuat kejutan tapi dominasi
pelajar perempuan di IPT bukanlah satu perkara yang memeranjatkan"

kalo
kejutan yg x memeranjatkan, apakah maksudnya?

hehehe... jgn marah
ahhh...

pompuan semua mmg suke blaja. bagus2. jgn suke duduk bawah ketiak suami
jer... n laki juga jgn malas2... mentang2 la pompuan ramai dr lelaki korang
malas nak blaja eh?

korang ingat, org pompuan suke laki bodoh hensem?
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
:D:):(:0:shock::confused:8):lol::x:P:oops::cry::evil::twisted::roll::wink::!::?::idea::arrow:
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."