|

Peergh! Memang hangat lah perasaan masing-masing bila saja Cheryl Samad, Faizal Ismail & Ezlynn mengumumkan 14 lagu yang berjaya dan layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-24. Ya lah, siapa tak tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya... Anugerah Juara Lagu tu beb! Boleh dikatakan satu penghormatanlah bagi mana-mana artis untuk masuk bertanding dalam AJL! Dan pastinya, AJL menjadi salah satu acara/anugerah yang senantiasa kita nanti-nantikan saban tahun.
Daripada pembacaan penulis di laman-laman blog orang lain; baik pengulas seni muzik, mahupun sekadar insan biasa, ramai yang merasakan kurang 'enak' dengan konsep terbuka yang diutarakan Muzik-Muzik kali ini. Entah kenapa, AJL barangkali hilang serinya dengan tiadanya kategori 'Etnik Kreatif' yang mana ia melambangkan identiti muzik Malaysia. Bukan mahu menafikan perkembangan muzik bergenrekan rock & indie, tetapi, tak melampau kiranya penulis kata yang muzik-muzik seperti ini semakin 'berlambak' di pasaran. Entahlah, mungkin penulis sorang saja yang berperasaan begitu kot!
14 lagu yang berjaya ke peringkat akhir AJL24 ialah Aku Skandal (Hujan), Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah), Aurora (Estranged), Bengang (Akim), Aku Rindu Sayang Kamu (Black), Dan Sebenarnya (Yuna), Rindu Terhenti (Tomok), Pakai Buang (Stacy), Kau Aku (Aizat), Pergi (Aizat), Situasi (Bunkface), Bencinta (Faizal Tahir), Cinta Adam & Hawa (Misha Omar), dan Masih Jelas (Hafiz).
Last Updated ( Monday, 23 November 2009 23:05 )
|
air jordan - link:http://www.b2c2u.com/ link...
tantri gw suka banget sama gaya dan suara u...T...
adoi x dapat bayangkan mila ngan akim jadi gaja...
wahh! video log melatop