Fiesta Aidilfitri Dafi FC Meriah
Written by ray eusouff
Sunday, 26 October 2008 18:48
PDF Print E-mail
Oleh : [r][a][y] eusouff
Gambar : Megat



Setiap kali kelab peminat Dafi menganjurkan program, ianya amat ditungu-tunggu oleh peminatnya.

 

Jika tahun lepas DFC mengadakan rumah terbuka di Kampung Sungai Kandis dengan suasana kampungnya, kali ini pula bertemakan "Warna-warni Aidilfitri. "Saloma Bistro" menjadi pilihan tempat berlangsungnya majlis tahun ini.





Agak sukar bagi menganjurkan sesebuah program terutamanya secara sukarela, kerana ianya melibatkan pengorbanan masa AJK Kelab peminat yang sibuk dengan karier masing-masing.
 

Yang mengkagumkan, The Official Dafi Fan Club bergerak secara "independent". Dari perancangan sehinggalah melaksanakan program itu sendiri.



KRU studios selaku syarikat yang menguruskan Dafi, memberi kebebasan sepenuhnya kepada kelab peminatnya menjalankan aktiviti-aktiviti bersama kelab peminatnya.


"KRU banyak membantu kami dari segi sokongan, memberi kebebasan dan kepercayaan penuh dan inilah antara sebab kelab peminat ini bergerak dengan baik"

 
 
 
"Sudah tentu setiap perkara kami akan merujuk dan mendapat khidmat nasihat pihak pengurusan Dafi bila diperlukan" kata Presiden Dafi DFC, Puan Syamelia.



"Kami juga turut didedahkan dengan perkongsian pengalaman" "Semasa KRU menganjurkan Konsert Ulangtahun ke 16 pada bulan Julai yang lepas, KRU melibatkan AJK DafiFC bagi membantu mereka menjayakan konsert tersebut"
 
"Kami ditugaskan untuk menguruskan artis di belakang pentas, menjadi penyambut tetamu, pembantu kepada pengurus pentas dan lain-lain lagi" tambah beliau.
 



Bagi AJK Dafi FC, pengalaman ini amat berharga bagi  mereka menguruskan aktiviti atau program mereka sendiri. Ianya memberikan DFC keyakinan dan pengalaman ini tidak ternilai harganya.



Majlis yang bertemakan "Warna-Warni Aidilfitri" ini dihadiri lebih 100 orang tetamu termasuk YB Datuk Seri Ismail Sabri dan keluarga, Puan Fatimah Abu Bakar, Cikgu Najmi, Aizat AF5, rakan media dan peminat setianya yang menggelarkan diri mereka "Dafinites".
 




Dafi memulakan persembahan dengan lagu "Suasana Hari Raya" dan diikuti dengan beberapa segmen bersama peminat. Segmen tersebut berbentuk "game show". Peminat diminta menganyam ketupat, memasang cangkuk langsir, memakai sampin dan menggayakannya, makan kuih batang buruk, melakunkan sketsa dan lain-lain lagi. Sesi bersama peminat ini berjaya mencuit hati peminat yang datang dengan telatah dan keriuhan Dafi mengendalikan majlis.
 




Puan Fatimah Abu Bakar turut diajak naik ke atas pentas bagi membantu peserta menganyam ketupat dan turut mengadili sketsa yang dilakunkan oleh peserta pertandingan.
 



Dipertengahan segmen, Dafi menghiburkan hadirin dengan lagu singlenya yang sedang hangat berkumandang di radio bertajuk "ADINDA".
 
 
Persembahan penutup, Dafi menyanyikan lagu "Seumur Hidup" yang juga akan turut dimuatkan dalam album sulungnya yang akan berada dipasaran Disember ini. Lagu ini juga merupakan soundtrack kepada filem "Jin Notti" yang dibintangi oleh Mawi dan Fara Fauzana yang akan ditayangkan tidak lama lagi.
 
Dafi juga turut memanggil AJK kelab peminatnya untuk bersamanya diatas pentas ketika menyanyikan  tersebut sebagai tanda penghargaannya kepada AJKnya yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis tersebut.
 
 
 
Majlis diakhiri dengan segmen "Joget Lambak" yang menjadi kegemaran Dafi yang sememangnya gemar menari.
 
Dafi memberitahu Yoyooh, majlis sebegini adalah tanda terima kasihnya kepada peminat yang banyak menyokong karier seninya.
 
 
 


Quote this article on your site

To create link towards this article on your website,
copy and paste the text below in your page.




Preview :

Fiesta Aidilfitri Dafi FC Meriah
Sunday, 26 October 2008

© 2010 - yoyooh


Powered by QuoteThis © 2008
Comments
Add New
Anonymous   |2009-09-11 17:19:20
AI CEMUA
siti  - dafi comel btl   |2009-03-16 01:44:24
hai dafi saya ambik gabar awak yer.
dafiya-ai lurve dafi   |2008-11-27 18:40:04
abang dafi memang baek pnyer....beruntung sape dpt dia he3...anyway abang
dafi mmng hensem sngat2....saya sngat3 sayang abang dafi....x rugi saya jd
peminat dia....
diya   |2008-11-27 18:31:22
dfc baek punyer....
diya sronok sngat terutama
bila tgk dafi buat
persembahan...diya nak tgk sngat dafi buat persembahan di terengganu berduet dgn
kak mila....
Anonymous  - re:   |2008-11-20 10:54:52
adek wrote:
dafi ni dia peramah
sbb tu peminat dia sayang dia


peramah sgt ke atau propa je lebey????
Anonymous   |2008-11-17 18:43:23
to dafi good luck....u are the best at all in industry
music..congratulation......
sazzie  - sedeh sedeh sedehhhhh   |2008-11-15 18:41:18
bile lagi Dafi nak datang ke Kuantan? datanglah wat persembahan kat Kuantan
Parade. i love u dafi
sazzie  - i love u dafi   |2008-11-15 18:36:17
jeles rase tak dapat pergi kat raye fc dafi. saye tengok dafi memang comey
giler. pepepun, selamat maju jaya saya ucapkan.
daripada = budak Kuantan.....
isssssssssssssssssss  - hyeeeeeeeeeeeeee   |2008-11-15 01:12:15
askum saya ucapkan selamat maju jaya kepada dafi semoga kariernya
berkembang amaju
arepyiqlicious   |2008-11-14 10:36:13
besh+gempaq

haha..
xsabar next event dafifc..
adek   |2008-11-06 19:51:31
dafi ni dia peramah
sbb tu peminat dia sayang dia
miss fabloss  - proud to be dafinities   |2008-11-02 00:16:13

huhuu...

dfc best sgt2..

baek pnyer..;)

 
shani   |2008-10-31 13:07:52
ya allah
ensem nya dafi
dah la ensem
peramah pulak tu

untung la kalo dpt dia
ni
getah76   |2008-10-31 07:41:25
avatar BEST BEST BEST

dgr citer, korang sampai sengal2 betis berjoget lambak...
lovely  - fuyoo..   |2008-10-30 20:20:53
hai...wow,bru first tme sy tgk blog ni...
leh tak nak join skaki...
Ady  - Stuju2!   |2008-10-30 01:19:12
yes2... aku stuju kata ko razif....
dFC mmg aktif sejak hmpir 2 taun lg..
im
proud to be one of them.. hehe
razif   |2008-10-29 23:53:38
avatar saya yg tak minat dafi pun teruja nak join

tidakkkkk!!!

tak dinafikan kelab
peminat dafi mmg aktif dari yg laen2
Mia   |2008-10-29 23:49:18
avatar wahhhh!!
mia baca pun dah terasa kemeriahannya
diana  - enjoy   |2008-10-29 23:07:30
hhmm diana enjoyz gile pergi fiesta aidilfitri ..........
nobita   |2008-10-29 21:56:35
event mana dfc buat xbest kan?
BeriBiru   |2008-10-28 22:26:50
best sgt! puaka habis!
Anonymous   |2008-10-28 21:11:48
da best event
i love it..
aini   |2008-10-28 19:18:33
avatar bila tgk pic dafi yg brbju biru tu,
skali pndng cm dr SMS pn ad.
tp dafi lbh
cmel la.
hehehe...
anway cngrtes coz fiesta tu brjln ngn lncar..
nad_rainbow  - Awesome   |2008-10-27 20:50:11
Mmg bestttt sgt sgt.
Dafi makin lama makin sporting habis.
Yeahhh, enjoy sgt
sgt
Thx to all yg menjayakannya
love u guys lots!
baby  - baeq punya!!   |2008-10-27 19:14:21
nice"
w0w myra"
hpy gitu!
hpy gler erk mlm 2"
myralicious89   |2008-10-27 18:27:50
avatar beshhh sgttt!!!
dunno what say..
but berry beshh lorhhh...
na-d-ya  - enjoy sesgt2   |2008-10-27 18:24:51
d best event...
so happening...yg pntg games n joget lambat paling
best....hehe
anyway tq for everybody yg coming

thanks yoyooh
fendi   |2008-10-27 06:38:55
wah..
gmbr ku ada..
hehehehe..
best giler time
nihh..
lilo   |2008-10-27 03:19:00
yeah memang meriah..
lilo enjoy sgt mlm tue...
tgk gelagat kawan2 yg
hadir...
thanks YoYooh...
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
:D:):(:0:shock::confused:8):lol::x:P:oops::cry::evil::twisted::roll::wink::!::?::idea::arrow:
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Last Updated ( Monday, 27 October 2008 05:02 )