|
Yoyooh dijemput oleh SURIA RECORDS untuk menghadiri Showcase sebuah kumpulan Indonesia yang diberi nama "KOTAK". Ini adalah satu pentanda, syarikat rakaman mula mengiktiraf media web sebagai alternatif untuk tujuan promosi artis-artis mereka. Terima kasih kami ucapkan pada SURIA RECORDS kerana sudi menjemput kami.
Sedikit info berkenaan kumpulan ini :
1- Nama KOTAK yang bermaksud bergabung dari empat penjuru
2- Bergabung pada 27 September 2004
3- Hasil daripada gabungan terbaik dalam pertandingan DREAM BAND 2005.
4- Album pertama mereka gagal menawan hati peminat menyebabkan lead singer kumpulan tersebut, Pare menarik diri dan digantikan dengan Tantri vokalis terbaik Dream Band 2005.
5- Keserasian Tantri bersama KOTAK memperlihatkan band ini melonjak dengan album keduanya sterusnya meraih populariti di Indonesia.
6- Antara lagu yang mendapat tempat dan perhatian peminat ialah lagu "Beraksi" dan "Masih Cinta".
Kumpulan KOTAK terdiri daripada empat anak muda, dua lelaki dan dua perempuan. Tantri [ vokal ] , Cella [ Gitar ], Chua [ bass ] dan Posan Tobing [ Drum ]. Lagu-lagu mereka dikatakan sarat dengan emosi dan berunsur rock moden.
Bagaimanakah penerimaan peminat di Malaysia kepada genre muzik rock menjadi pertanyaan. Kerana genre ROCK bukan lagi menjadi trend ikutan atau trend kegemaran penggemar muzik di Malaysia pada masa sekarang. Namun, mereka yakin muzik yang mereka tampilkan ada kelainan mereka sendiri. Mesti ada sebab tertentu pihak Suria Records Malaysia berusaha keras membawa kumpulan Indonesia ini ke Malaysia.
Dalam sidang media selepas showcase, salah seorang ahli kumpulannya menegaskan antara sebab mengapa mereka teruja untuk datang ke Malaysia ialah kerana peminat mereka di Facebook sering bertanya bila mereka akan datang ke Malaysia. Menyedari yang mereka ada peminat di Malaysia, mereka tidak teragak-agak untuk menerima jemputan tersebut.
Mereka datang untuk mempromosi album mereka di Malaysia dari 11-17 April dengan harapan mereka dapat diterima oleh peminat muzik rock di Malaysia. Disamping itu juga, kehadiran mereka disini ialah untuk merakamkan klip video lagu "Tinggalkan Saja".
Album KOTAK telah pun berada di pasaran dalam bentuk CD berharga RM29.90. Disamping mendapat album, berpeluang memuat turun lagu-lagu mereka seterusnya memenangi NOKIA MUZIK EXPRESS pada setiap bulan. Layari http://www.musicunlimited.com.my untuk keterangan lanjut.
Kotak akan muncul di radio Suria FM Live bersama Ringgo jam 11 malam ini [ 15/04/09], di rancangan Selamat pagi Malaysia jam 8 pagi dan Astro AWANI pada jam 8 malam pada 16/04/09.
Quote this article on your site
To create link towards this article on your website, copy and paste the text below in your page.Preview :
|
air pon trbalik gak kew??
albumnya bole dibeli thru online store di intea...
ape title lgu yg gabungan anding,ryzal n dafi n...
ya la ..xjumpa pun albumnya lagi kat pasaran.
best la cter ni...