" BIO-NIK" [ Drama Siri Terbaru Kru Studios ]
Written by Megat Eusofe
Monday, 18 May 2009 23:21
PDF Print E-mail

 

KRU Studios mengumumkan drama bersiri televisyen yang pertama terbitan mereka berjudul “BIO-NIK” yang akan disiarkan dalam slot AKSI di rangkaian televisyen popular tempatan iaitu TV3.

Selangkah lebih maju selepas kejayaan berturut-turut dilayar perak melalui filem-filem blockbuster seperti Cicakman 1, Cicakman 2-Planet Hitam dan Duyung. Kini lahirlah sebuah lagi karya terbitan KRU Studios dalam bentuk rancangan drama bersiri televisyen. Selain dari aksi lincah, "BIO-NIK” merupakan drama bersiri tempatan pertama yang tampil dengan sebegitu banyak shot CGI dan kesan khas audio.


Menurut Norman Abdul Halim – Penerbit Eksekutif “BIO-NIK” “Kami ingin cuba memberi kelainan melalui kepakaran dalam penerbitan rancangan televisyen dengan penggunaan teknik CGI. Kami berharap ini akan membantu menyumbang ke arah kenaikan taraf penerbitan rancangan televisyen secara keseluruhan. Kami juga berterima kasih kepada TV3 kerana memberi peluang kepada kami untuk berkarya dan berharap kerjasama antara KRU Studios dan TV3 ini akan terus dapat dipertingkatkan lagi di masa-masa akan datang”.

“BIO-NIK” tampil dengan 26 episod yang mengisahkan tentang seorang pelajar kolej yang bernama Nik. Nik mengalami kecederaan parah selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya yang menyebabkan kecederaan yang serius pada keseluruh bahagian badannya. Bapanya, Professor Hafiz seorang saintis yang mengetuai projek bio-genetik serta organ “transplant” mengambil keputusan untuk menjadikan Nik sebagai bahan ujikajinya kerana itulah satu-satunya cara untuk mengembalikan anaknya ke pangkuannya selepas segala cara perubatan konvensional gagal. Namun, projek yang digelar A.D.A.M (Advance Developmental Android Mechanism) ini membuatkan Professor Hafiz berada dalam dilema kerana memikirkan samada langkah ini adalah yang terbaik untuk masa depan anaknya dan ia tidak melanggar hukum alam. Setelah sembuh sepenuhnya, Nik terpaksa berhadapan dengan cabaran kuasa luar biasa yang ada dalam dirinya. Disebalik segala dugaan ada hikmahnya; akhirnya Nik sedar kuasa luar biasa Nik merupakan satu-satunya cara yang mampu membantunya untuk menyelesaikan masalah akan bakal menimpa dirinya, keluarganya dan Negara.

“BIO-NIK” turut menampilkan lagu hit daripada Adam iaitu “Robot”, “Benar Benar” dan yang paling terbaru “Tukang Gempak” sebagai lagu tema. Untuk maklumat lanjut layari laman web  KRU Studios di

www.krustudios.com

Sebagai langkah promosi, pelbagai aktiviti telah disusun oleh pihak TV3 seperti sesi temuramah media cetak dan elektronik bersama pelakon-pelakon “BIO-NIK” menerusi rancangan di TV3 iaitu Malaysia Hari Ini, Wanita Hari Ini dan Apa-Apa Aje. Tidak ketinggalan promosi bergerak di JOM HEBOH yang akan datang di Danga Bay, Johor Bahru dengan penampilan pelakon seperti Kamal, Fizzow Omar, Intan, Tam dan Shaz. Tayangan “BIO-NIK” akan bermula pada 18hb Mei 2009, jam 9malam dalam slot AKSI di TV3.


Quote this article on your site

To create link towards this article on your website,
copy and paste the text below in your page.




Preview :


Powered by QuoteThis © 2008
Comments
Add New
Charco   |2009-10-08 00:31:44
walopun aku tak layan sgt cite cmni, tp dgn ada nya cite cmni,industri hiburan
kita maju setapak ke hadapan..takde la nk terikat ngn drama-asyik-nak-menangis
je..
nick  - nak mamposs!!!   |2009-10-07 03:26:56
jgn ambik ati la erk...
nick  - alahai   |2009-10-07 03:24:41
bkn kamal jerr yg cute...
Anonymous   |2009-08-28 19:31:31
cute betul la kamal adli tu
jembal  - tuan haji   |2009-08-12 19:51:01
mmg best giler
sweets gurlz  - chaiyyokkkkk   |2009-07-22 21:39:10
SUSAH nak berlakon...Pi camne Kamal adli leh berlakon arhh.cute jugak dye
2.........ncem
sweets gurlz  - SUCSES   |2009-07-22 21:35:02
CHAIYYOK.....huh susah nak berlakon..pi npe Kamal adli leh terror
berlakon.cutenyerrrrrrrrr...
ARINA  - HARIMAU   |2009-07-22 21:24:01
Hai semua...pe kabo.kamal adli mmg kck pi,emm ncem ar tu...leh thn
Md Indera   |2009-06-14 04:04:38
avatar wahaha.. tak la drama bersiri kat TV dipenuhi hantu jembalang dan makhluk huduh
berambut panjang je...
Syaza_Ariana  - btol3   |2009-06-10 08:36:18
avatar betol tuh nad..kamal adli comel..huhu..suka dgn dier..huhu..
estel   |2009-05-22 03:59:10
avatar Hoh , estel terlepas plak episod pertama.
Minggu depan kene tunggu depan tv nieh
!!
kambenggurun   |2009-05-21 02:28:22
avatar hehe..suke2!
walaupun br 1st episode,tp nmapak mantap..
ye la ...kru
katekan..hehe..
Megat   |2009-05-20 05:50:02
avatar holla abir , selamat datang ke yoyoo.com
edzlin007   |2009-05-20 00:42:59
ahhaha. mmg kamal adli kacak.

first siri nya agak bosan sket, mungkin sbb lum
ada lg bio-nik tu. bagaimanapun saya jangka bio-nik akan jadi siri yang popular
dan sangat best.
abiabhar  - Hello   |2009-05-19 22:54:08
avatar Saya budak baru di sini dan tak kenal sape2..

sila beri tunjuk ajar
Megat   |2009-05-19 18:26:32
avatar en shaz - yolah tu , Nak tau kene tgk. Errr rumah u ader setelit tv tak ???

Ady
- wah , rajin plak dia nonton tu. Bila masa tgk ?? Selalu tgk lepak kat cb
jerk.

Nad - kan dah cakap , budak nieh pantang tgk yg hensem jerk. Kui kui kui
!!!.Nad gie tgk siri tv nieh. But jangan ilang n lemas from cb okey !!!
malay_rhapsody   |2009-05-19 17:22:00
avatar mcm terminator ker?
Ady  - YEahh..   |2009-05-19 09:03:23
Ady baru jer tgk citer ni mlm td.. BEST SIOT!! rugi nad x tgk.. kekeke...
Nad   |2009-05-19 08:16:57
avatar ahaha kamal adlii kacak bergaya
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
:D:):(:0:shock::confused:8):lol::x:P:oops::cry::evil::twisted::roll::wink::!::?::idea::arrow:
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Last Updated ( Saturday, 13 February 2010 18:47 )