Yo! Isu Semasa
Budak 11 Tahun jadi mangsa Ajaran Sesat
Written by ares bahar
Sunday, 14 March 2010 16:41
PDF Print E-mail

Kerana terlalu taksub pada ajaran sesat dan kononnya mengikut sunnah Nabi yang mengahwini Aishah pada usia 11 tahun seorang ayah sanggup mengahwinkan anak perempuannya yang masih berumur 11 tahun kepada seorang lelaki tabligh yang berusia 41 tahun.

Siti Nur Zubaidah Husin telah dikahwinkan dengan Shamsuddin Che Deraman atau lebih dikenali dengan nama Sudin Ajaib oleh ayahnya Hussin Mat Salleh. Ini kes gila terbaru yang berlaku di Malaysia. Mujur kanak-kanak malang tersebut telah dijumpai di Batu Caves apabila lelaki pedofelia itu meninggalkan isteri kanak-kanaknya itu di sebuah surau di kawasan tersebut.

Hairan sungguh melihat sesetengah manusia yang begitu mudah dipergunakan dan diperbodohkan atas nama agama seperti yang terjadi pada Hussin Mat Salleh ini sehingga sanggup menggelapkan masa depan anaknya hanya kerana kononnya ianya merupakan sunnah nabi.

Harapnya semua yang terlibat menganiayai kanak-kanak malang ini dikenakan tindakan undang-undang yang berat dan menjadi pengajaran kepada pseudo-alim yang pedofelia di luar sana agar tidak cuba melampiaskan nafsu serakahnya ke atas kanak-kanak di negara ini.

 
Tampar Je Cikgu Tu, Mak!!!
Written by Janggut
Tuesday, 02 February 2010 23:00
PDF Print E-mail

Sebenarnya isu ini dah lama diperdengarkan. Memang berlaku di mana-mana. Mak bapak sanggup ambil cuti half-day semata-mata nak datang ke sekolah dan lempang cikgu. Haih! Sebabnya? Tak puas hati anak kesayangan mereka itu ditampar oleh guru akibat kesalahan disiplin. Apa nak jadi lah dengan kita semua sekarang ni?

Dah lama penulis mahu menyentuh isu ini, cuma kekangan masa barangkali. Dan yang pasti, bagi penulis, senario yang berlaku hari ini sangat berbeza dengan apa yang terjadi dahulu; yakni ketika penulis di bangku sekolah.

 
Hentikan serangan terhadap rumah ibadat
Written by rudin
Thursday, 21 January 2010 14:43
PDF Print E-mail

Berikutan kontroversi kalimah Allah yang membawa kepada reaksi melampau serangan terhadap gereja , pihak polis akhirnya berjaya menahan 8 suspek bagi membantu siasatan berhubung insiden serangan bom petrol terhadap sebuah gereja.

Penahanan ini sekaligus telah menutup mulut pihak-pihak yang cuba membuat spekulasi bahawasanya terdapat sikap double standard kerajaan dan pihak berkuasa di Malaysia yang seolah-olah tidak mengambil serius terhadap insiden serangan terhadap rumah beribadat pengganut Kristian di negara ini.

Selain itu, penahanan 8 suspek ini juga menunjukkan kesungguhan pihak polis dalam usaha memelihara keharmonian dan keamanan masyarakat di Malaysia kerana seperti yang kita sedia maklum insiden serangan terhadap rumah beribadat merupakan satu isu yang sensitif yang mampu menimbulkan ketegangan di antara pengganut Kristian dan Islam di negara ini. Kita tidak mahu lihat berlakunya insiden yang lebih buruk akibat perasaan tidak puas hati yang akhirnya boleh mencetuskan huru hara di negara ini.

Namun penulis beranggapan bahawa kejayaan pihak berkuasa menahan 8 orang suspek itu sudah sedikit terlambat. Ini kerana sudah berlaku reaksi-reaksi ekstrim yang cuba membalas serangan tersebut dengan mensasarkan pula tempat-tempat beribadat umat Islam di negara ini.

Last Updated ( Thursday, 21 January 2010 14:50 )
 
70% Penagih Dadah Beragama ISLAM
Written by Janggut
Sunday, 01 November 2009 21:34
PDF Print E-mail

Laporan berita tadi mendedahkan kira-kira 70% (atau 90%) penagih dadah di Malaysia adalah beragama ISLAM! Serentak dengan itu, ada yang berpendapat institusi dakwah (masjid-masjid, serta surau) perlu memainkan peranan dalam usaha memulihkan mereka yang terjerumus dengan najis dadah ini pulang dan kembali ke jalan yang sebenar.

Selama ini kita memang tak pernah sedar akan peranan masjid-masjid dan institusi dakwah yang lain kah? Bila fakta mendedahkan tentang peratusan dan kaitannya dengan agama, barulah masing-masing mula mahu bersuara; "Pihak masjid & surau perlu sama-sama memainkan peranan!" atau, "... hal ini sedikit sebanyak mencemarkan kemuliaan agama dan ajaran Islam, justeru, saya menyeru agar semua institusi dakwah di Malaysia, bersama-sama memperbanyakkan ceramah dan aktiviti kesedaran..... (dan seterusnya)".

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 1 of 14