Berbaloikah KOTA BUKU?
Written by Janggut
Monday, 01 June 2009 10:34
PDF Print E-mail

Seberapa kerap dapat kita lihat seorang pemuda membaca senaskah buku tatkala menunggu LRT ataupun bas? Kerap? Mungkin tidak…

Apabila pengumuman dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang cadangan mewujudkan Kota Buku, pasti ramai peminat buku yang bersorak gembira. Ya, selepas ini semakin mudah untuk mereka mendapatkan bahan-bahan bacaan ilmiah, sastera, dan bacaan ringan untuk santapan minda. Namun, di sebalik kegirangan itu, timbul satu persoalan; Berbaloikah untuk mewujudkan KOTA BUKU KUALA LUMPUR

Kota Buku Kuala Lumpur yang bakal diwujudkan menjelang akhir tahun ini dikatakan turut berperanan dalam memajukan sektor penerbitan dan kesusasteraan Negara. Dan antara matlamat lain penubuhannya adalah sebagai satu medan bagi para karyawan untuk memasarkan nukilan mereka. Memang bagus kiranya kota ini diwujudkan kerana dengan cara ini, bidang penulisan dan penghasilan karya kreatif dapat sama berkembang, sejajar dengan perkembangan teknologi dan pembangunan minda rakyat Malaysia.

 

 

Kewujudannya nanti pasti akan memberikan manfaat yang besar kepada peminat buku, dan pastinya sukar untuk menarik golongan muda kini yang kurang minat membacanya. REALITI bukan? Sedangkan remaja-remaja di sekolah pun perlu dipaksa untuk membaca senaskah buku komponen sastera, masakan pula sementelah mereka tamat sesi persekolahan kelak. Begitu juga dengan para mahasiswa; nak diketuk, barulah bergerak. Namun, jangan terlalu negatif. Sikap dan amalan membaca ini sebenarnya boleh dipupuk dan diterapkan dalam setiap individu. Mungkin pendekatan untuk memupuk minat membaca di kalangan generasi muda kini adalah dengan paksaan; yang kemudiannya menjadi ‘habit’ dan tabiat yang berguna.

Jadi, penubuhan KOTA BUKU ini dirasakan amat sesuai, walaupun kita menyedari bahawa ianya sudah sedikit terlewat. Dengan wujudnya Kota Buku ini juga diharapkan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia, khususnya generasi muda kini dapat diterapkan secara tak langsung.


Quote this article on your site

To create link towards this article on your website,
copy and paste the text below in your page.




Preview :

Berbaloikah KOTA BUKU?
Monday, 01 June 2009

© 2010 - yoyooh


Powered by QuoteThis © 2008
Comments
Add New
Anonymous   |2009-06-23 21:52:29
i hate sastera...
ms emily   |2009-06-18 21:40:13
sangat setuju...
klu bleh..wat kt setiap negri...
baru fair...
hehehe
dh
bosan baca buku kt library awam...
Md Indera   |2009-06-14 04:13:28
avatar oh aku yang secara riaknya mengaku 'ulat buku' merasakan cadangan ini
sangat...BERBALOI-BALOI.. fewwit...
FaPet   |2009-06-12 07:52:47
avatar Apo Kota buku!!!...aku sokong 200%...tapi aku harap2 kerajaan janganlah buat ala
kadar je...dah alang2 kentot biar r sampai berbau hehehe...
cik siti   |2009-06-06 10:02:42
berbaloi atau tidak program ini bergantung kepada sokongan daripada rakyat
Malaysia itu sendiri... baik dari latar belakang politik yang berlainan,pada
pendapat cik Siti, wajar la sama-sama menyokong usaha murni ini...

Semoga
dengan adanya program seperti ini,masyarakat berilmu dapat diwujudkan seiring
dengan kemodenan negara kita..
Lynn88   |2009-06-06 07:24:40
kalo tak baca buku pon..baca newspaper pon jadi la...kagum tengok orang2 ke
Jepun,sambil tunggu train,sambil tu diorg membaca...

Lynn setuju ngn Rakyat
Malaysia, jd jom sama2 idupkan budaya membaca di kalangan warga kita,bukan org
KL je..
Charco   |2009-06-06 07:12:49
hehe..

ape lg..jom sambil tunggu2 bus ke ktm ke kita baca buku..tak kesah la
novel BM ke english ke..yg penting,takde la bosan sgt nk menunggu tu
Aku Siti  - re:   |2009-06-05 05:28:41
Megat wrote:
Rakyat malaysia now..leka dengan hiburan jerk !!! 

Sibuk nak undi sms
artist tu lah..artist nie lah.

Me pernah tgk depan mata..ader sorang
autie bukan melayu nieh.
Spend hampir RM 400.00 hengget tuk buku
tau.

Ini bukan isu dia kaya atau tidak.
Tapi utk orang yg sanggup
keluarkan duit utk buku..walau siapa pun mereka.

Dari
kacamata gue...orang itu mmg berilmu !!!!


btul.. tgk la skang ni.. program realiti nyanyian n hiburan... da macam2
da..
Megat   |2009-06-04 18:56:48
avatar Rakyat malaysia now..leka dengan hiburan jerk !!!

Sibuk nak undi sms artist tu
lah..artist nie lah.

Me pernah tgk depan mata..ader sorang autie bukan melayu
nieh.
Spend hampir RM 400.00 hengget tuk buku tau.

Ini bukan isu dia kaya atau
tidak.
Tapi utk orang yg sanggup keluarkan duit utk buku..walau siapa pun
mereka.

Dari kacamata gue...orang itu mmg berilmu !!!!
Rakyat Malaysia   |2009-06-03 02:12:54


sokong usaha ni 100%

Hope golongan2 remaja yang lain pun turut
sama menjayakan pelaksanaan program ni nanti..

I guess,
sebagai rakyat malaysia,kita patut membantu mempromosikan budaya
membaca..dapat tambah pengetahuan dan secara tidak langsung masyarakat kita
akan lebih berilmu....

peace for Malaysia...
Zack   |2009-06-02 14:34:40
Setuju sangat kalo nk mengadakan Kota Buku kt KL..

Semoga dgn adanya program
camni dpt menambahkn lg minat membaca di kalangan rakyat Malaysia..

kalo
compare kita ngn org2 kt negara maju,mmg rakyat Malaysia agak kurang gemar
membaca...thn 2020 pon tinggal lg 11 tahun..so, sama2 la kita sama2 menyokong
usaha baek ni..

I LOVE MALAYSIA...
Charco   |2009-06-02 14:28:20
salam..

pd pandangan sy,bgus juga kita mempromosikn Kota Buku ni..tp rakyat
Malaysia sndri la yg menjayakan program ni. bosan2 tunggu KTM ke LRT ke, best
jgak dpt baca 5-10m/s buku..kurang2 dpt la hilangkn sket rasa bosan menunggu..tp
jgn plak bila kita nmpak org tgh baca buku tu kita duk ngumpat blkg2...sian org
tu..tak psl2 kita pon dpt dosa mngumpat..

hehe..sekadar berkongsi pendapat..
No
harm ya!!..

mode: baca buku utk exam...hehe
Megat   |2009-06-02 03:03:32
avatar Sudah tiba masanya ..utk anak2 muda kita .
Mengahayati karya-karya agung dari
Rumi dan Faiz dalam bahasa melayu.

Ataupun menyusuri sejarah kehebatan dunia
islam dalam bahasa melayu.

Begitu juga sejarah peradaban dunia , dalam pelbagai
topik.

Lingkup dunia itu harus diperluaskan.
Jika tidak kita still akan
kekal

" dalam dunia melayu yg ortodoks dan beku "

p/s : nak sangat
jumpa buku "plato" dalam bahasa melayu
Megat   |2009-06-02 02:59:22
avatar PATUT ADA !!!!!!

Me sokong 100 % .

Lagipun kita , amat ketandusan buku-buku
ilmiah di dalam bahasa melayu. Me selalu lepak kino , Time's dan MPH . Buku mmg
lah banyak. Tapi semuanya dalam bahasa english .

Ada buku-buku pengetahuan am
yg dalam bahasa melayu ?? ada..tapi terlalu sikit.
Sastera dunia dalam bahasa
melayu ?? hampir tiada....

Sungguh memalukan , melihat gedung2 buku semuanya
sarat dalam bahasa lain.

Kenapa kita tak buleh jadi macam orang cina ??? Mereka
mampu mengalih bahasa bermacam jenis buku dan subjek dalam bahasa mereka.


Bahasa melayu amat terpinggir now.
Me jelak lihat...dalam gedung buku , buku
bahasa melayu yg selalu orang beli ..ialah buku2 cinta cintun. Tak pun kat area
rak magazine tu jerk lah .penuh muka2 melayu. Sibuk cari majalah2 hiburan.
silbiabigail   |2009-06-02 01:58:17
avatar harap dgn ujudnya kota buku, maka byklah buku2 akademik atau apa sahaja buku dpt
diterjemahkan dlm bahasa melayu dan ini jg mgujudkn lbh byk pluang pekerjaan...
silent   |2009-06-01 21:28:49
klu pegi kedai2 buku mcm MPH kat KL punya la ramai yg browse2 buku kan?

baik
buat drpd x ade langsung
kemudahan dh disediakan skrg terpulang pada rakyat lah
lanz   |2009-06-01 21:23:48
di KL la bang..
KL nak dijadikan kota buku
edzlin007   |2009-06-01 21:18:33
terlepas pandang pasal ni, saya suka dgn kota buku ini, cuma harapnya tak jadi
macam gajah putih seperti kampung buku dulu. hidup segan mati tak mahu. tp kalo
buat d kl ni Insyaallah menjadi
malay_rhapsody   |2009-06-01 20:34:33
avatar kat mana kota buku tuh?
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
:D:):(:0:shock::confused:8):lol::x:P:oops::cry::evil::twisted::roll::wink::!::?::idea::arrow:
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Last Updated ( Monday, 01 June 2009 10:58 )