SPM : Wajib Lulus Bahasa Inggeris
Written by Janggut
Tuesday, 16 June 2009 16:49
PDF Print E-mail

Wajib bagi setiap calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk lulus subjek Bahasa Inggeris! Adakah kita terlalu mengagungkan bahasa asing? Atau, adakah kita terlewat untuk menyedari kepentingan bahasa komunikasi dunia ini? Oh! Apa sajalah 'eksperimen' yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran' ini... Ternyata, langkah ini dapat dilihat sebagai satu langkah berani dan bijak bukan?


Jauh sekali untuk menafikan perlunya untuk menguasai bahasa kebangsaan, yakni Bahasa Melayu, akan tetapi, kemahiran komunikasi kini perlu diserasikan dengan keadaan semasa. Mungkin ada yang beranggapan tindakan mewajibkan pelajar yang menduduki SPM yang akan datang untuk lulus subjek ini agak keterlaluan. Tapi, jangan lah terlalu pendek akal dan pemikiran. Bahasa Inggeris sangat berguna pada masa dan keadaan sekarang. Kalau seseorang itu tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik, masa kan dia boleh berhubung dan berkomunikasi dengan kelompok individu yang lebih luas? Dan mampukah dia menguasai bidang-bidang ilmu yang lain? Mampukah dia bersaing dengan individu-individu yang lain?

Ya, kita sememangnya boleh berjaya juga dengan menggunakan Bahasa Melayu iaitu bahasa ibunda negara ini. Tapi, mengapa hanya menguasai satu bahasa sahaja, sedangkan peluang untuk menguasai bahasa asing yang lain ada di depan mata? Ah! tanya lah diri sendiri.

-Bahasa Inggeris : Banyak Manfaatnya Pada Masa Kini -

Tertarik dengan ungkapan oleh isteri Tunku Mahkota Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris dalam akhbar Utusan Malaysia keluaran 13 Jun 2009; "Belajar bahasa Inggeris juga tidak pernah menghalang saya menikmati sambal belacan".

Benar! Menguasai Bahasa Inggeris tak menjadikan kita Orang Putih! Kenapa tidak menguasainya sedangkan ia memberikan banyak manfaat pada masa mendatang? Jadi, kepada mereka yang akan menghadapi peperiksaan SPM, hanya satu pesanan yang boleh diberikan...

Kurangkan mengeluh dan alasan, sebaliknya teruskan usaha menguasai bahasa antarabangsa ini..!

Percayalah, banyak manfaatnya...


Quote this article on your site

To create link towards this article on your website,
copy and paste the text below in your page.




Preview :

SPM : Wajib Lulus Bahasa Inggeris
Tuesday, 16 June 2009

© 2010 - yoyooh


Powered by QuoteThis © 2008
Comments
Add New
mbmmbi   |2010-05-11 01:51:06
Tips Belajar Bahasa Inggeris dengan berkesan

1. Never Study A Single
English Word
That’s right, do not memorize words. Native speakers do
not learn English by remembering single words. Native speakers learn
phrases.
2. Never Study Grammar
Right now. Stop. Put away your
grammar books and textbooks. Grammar rules teach you to think about
English, you want to speak automatically– without thinking!
3. Learn
With Your Ears, Not Your Eyes
Spend most of your study time
listening- that is the key to great speaking. 
4. Slow, Deep Learning Is
Best
Its not enough to know a definition. Its not enough to
remember for a test. You must put the word deep into your brain. To
speak English easily, you must repeat each lesson many times.
5. Use
Point Of View Mini-Stories
You must learn grammar by listening to
real English. The best way is t...
nukerude   |2009-08-22 18:49:15
avatar entahlah.
tak tau lah isu english ni akan dibualkan sampai bila.. huhu
sampet  - wajib belajar   |2009-07-28 20:48:16
Besar sangat ke masalah bahasa Inggeris ni. Hingga seluruh negara digegarkan
dengannya. Malu rasanya dengan orang luar. Kerana macamlah BI ni payah benar nak
kuasainya.

Dikatakan BI boleh dikuasai dalam masa beberapa bulan sahaja. Itu
pun kalau kena caranya. Jadi yang sampai sebelas tahun belajar pun masih tak
reti lagi, itu masalah lain kot. Masalah pengajar kot yang dua kali lima dengan
murid.

Pernah berlaku pengajar yang menyalahkan anak saya kerana eja 'mi',
dan katanya eja mi ialah 'mee'. Teruklah begitu.
novice   |2009-07-23 19:30:06
everthing we learn is very important,so korg kne struggle laa....ni bru
english... lau dibuatnye sume kne lulus...spe yg susah korg jgk la yg duk
merapu...if you want to success dont give too many reason...just do it...i agree
with ana tan
Charco   |2009-07-22 06:43:11
Pd pendapat aku, wjib lulus BI utk lulus SPM adalah satu cadangan yg bgus. sbb
apa? sbb susah payah dari darjah satu smpai tingkatan lima cikgu
"english" ajar takkn stakat nk lulus pun susah. Kita ada byk buku dan
bahan bacaan kt "library", tp brape kerat je nk baca buku berbahasa
"english". Brape kerat yg snggup rujuk kamus kalo tak paham sesuatu
perkataan dlm "english"?

nk memartabatkn bahasa melayu byk caranye.bkn
sekadar memansuhkn PPSMI je. sbg cth,dlm perbualan seharian kita pon dah byk
"dicemari" perkataan2 "english", jd, adakah kita layak utk
digelar sbg pejuang kedaulatan bahasa melayu? setuju atau tidak,tanyalah diri
sndri.

(aku sukar mempercayai kalo ramai yg berminat nk belajar sastera
melayu)

no offence. sekadar berkongsi pendapat
Mya   |2009-07-18 16:37:09
yea...i sokong 100_%,yup pelajar luar bndar juga boleh..but dpe kena rajin2 la
study..depend la kat diri seseorg pelajar tu
revolutionaries9   |2009-06-30 08:09:10
avatar okay, satu yang aku tak paham kenapa bila isu bahasa inggeris diutarakan mesti
dikaitkan dengan pelaajr luar bandar. terlalu lemahkah pelajar luar bandar
sampai untuk lulus pon susah? atau kita yang terlalu memandang rendah mereka?
kalau bukan sekarang, bila lagi kita akan 'push' pelajar luar bandar ni untuk
meningkatkan kemahiran mereka dalam BI ni.

Penumpuan kepada BI tak bermakna
kita meminggirkan BM. Aku setuju kalau BM pula harus dinaikkan syarat dari
sekadar LULUS kepada yang lebih tinggi.
Abg   |2009-06-30 01:53:38
ermm..

knape BI salu kna kait ngan student luar bandar aa?

aku rasa, BI ni pun
sama gak mcm subjek2 yg lain. Tambah2 lak kita da blaja BI ni since tadika or
koman2 pun dr Darjah 1. Bukan mcm subjek sains yg lain (fizik, kimi, bio) yg
mana kita blaja scra extreme starting secondary school.

aku rasa alasan kna
consider bdak luar bandar ttg isu BI ni da lapuk. Kalau takde usaha, memang lah
susah nak berjaya...


(budak2 luar bandar ni... tengok citer transformer pun
bole gak difahamnye...)



Setakat LULUs je pon... takkan susah nk capai?
dyra  - erm,,,   |2009-06-29 23:22:32
hurm..
sememangnya xdpt dinafikan kepntingan bi dlm idup skunk..


tp, perlu
diINGATI gk, akn nsb plajar luar bndar yang msh merangkak dlm bi..

kte2 yg
duk kt bndr nih, sng lar ckp bi 2 sng..

tp, bg,,diorg..bi sSh..
biarpon nk
dpt 8E dan k ats..

fkr2knlah..
harmoni   |2009-06-27 23:51:09
entah la.
ares bahar   |2009-06-20 21:29:04
Gapena telah memberikan syarat-syarat untuk bersetuju dengan cadangan kerajaan
dalam isu 'mewajibkan lulus Bahasa Inggeris ini'

Salah satu syaratnya, ( ada 8
semuanya) adalah 'subjek Bahasa Melayu pula perlu 'kredit' untuk lulus SPM'..




(Berbalas-balas, diaorang nih...hahaha)
Fara A   |2009-06-19 21:01:02
avatar haihh bkn nak ckp apaa, tp kadang2 ade jugak pelajar2 ni tak lulus bm!
serious!
hmmm for me, english ni bkan laa susah manaa time spm, im suree kalau
dah blaja since standard 1, bkan susah pon nk jwb.
tuu la, rasenya parents pon
kena start didik anak blaja ckp english bt at da same time, bahasa melayuu jgn
la dilupakan.
nukerude   |2009-06-19 01:00:32
avatar aku stuju ngan megat! hahahaha
Megat   |2009-06-18 23:48:35
avatar Pelik..apa masalahnya dengan isu bahasa ??

Orang melayu kita nieh. Kalau anak
tgk MTV , pergi menonton film Hollywood kat pangung , atau pakai baju macam
anak negro. Tak pula mak bapak nak bising2.

Tapi bila anak kene belajar bahasa
inggeris. Terus semua nak melatah dan kata sistem pembelajaran kat malaysia nieh
berat sebalah lah. Tak membudayakan bahasa melayu lah.

Cuba tanya pakcik2 yang
kecoh tu.
Ada dia kat umah ..suh anak-anak dia baca buku HIKAYAT MELAYU ?? @
Merong Mahawangsa !!! ..Ado ???

Itu yg susahnya orang2 yg cepat melenting tak
tentu pasal nieh. Lupa yang mempelajari bahasa inggeris itu , adalah utk
melengkapkan anak2 kita pada cabaran masa mendatang.
Itu saja...
silent reader   |2009-06-18 10:13:25
alasan yang sama

-pelajar melayu kat kampung tak bersedia

-kenapa nak agungkan
bahasa inggeris?

-nanti kedaulatan bahasa melayu tercabar

bosan dengan alasan
yg sama
dan sampai bila???????
Ammar   |2009-06-18 10:07:04
avatar yup stuju part manja tu

bayangkan tahun 2020
still pelajar2 melayu xleh nak
lulus camner?

terlalu banyak alasan.
ana tan   |2009-06-17 23:54:07
malays like to give lots of excuses
student_emotion   |2009-06-17 23:44:16
Alahai. Baru diwajibkan LULUS je pon. Itu pun dah jadi macam2 hal.. btul gak si
reiny tu ccakap.. takkan la tak boleh nak lulus, sdgkan dah belajar since darjah
1 kan?

Jangan lah menggelabah sangat...

LULUS = gred 8E dan ke atas...
reiny   |2009-06-17 21:59:25
alahai
belajar dari darjah 1
english
takkan sampai form 5 tak tau apa2
dan xleh
lulus

pelik kan?
Anonymous  - re:   |2009-06-17 21:57:22
melayu101 wrote:
reiny, kau ni cakap ikut perasaan ke atau ikut fikiran?

Kau pernah tengok
statistik keputusan bahasa inggeris tak?

Tambah-tambah
lagi pelajar-pelajar dari luar bandar.

perkara ini dengan mudah boleh
difikirkan.



kedua -dua sekali...perasaan dan fikiran.
statistik atau tidak
sampai
bila ??

saya dah jelaskan
bukan nyer nak pelajar melayu dapat A1
english
cuma LULUS
cabar la sikit minda tu
jangan nak selesa je
melayu101   |2009-06-17 21:52:03
reiny, kau ni cakap ikut perasaan ke atau ikut fikiran?

Kau pernah tengok
statistik keputusan bahasa inggeris tak?

Tambah-tambah lagi pelajar-pelajar
dari luar bandar.

perkara ini dengan mudah boleh difikirkan.
malay_rhapsody   |2009-06-17 21:49:19
avatar setuju dgn komen reiny. english is a powerful language. even negara europe or
japan/korea yg x belajar bahasa tuh pun bersungguh2 nak blaja pasal bahasa tuh
utk memajukan diri diorang jugak. unless, kalo setakat nak duduk kat negara
sendiri n x nak gi mana2 tuh x dapeklah nak nolong.

kita jgn jadik bangsa yg
malas ingin mencube. we must try even harder dr org lain kalo nak berjaya!

ps:
next powerful language is mandarin.
reiny   |2009-06-17 14:32:28
english is knowledge
apa kecoh2
lemah sgt
xleh dicabar langsung
manja
ikutkan
sangat

sepatutnya
semua subjek kena lulus, bukan BI & BM jer


cadangan nak
student LULUS english ya
bukan Kepujian atau A1!!
susah sgt ke nak lulus ??

budak melayu mundur kerana kita terlalu ikutkan KEMALASAN kita
silbiabigail   |2009-06-17 07:34:41
avatar tahu kenapa kita mengangungkan BI? sbb org melayu ni bangga dgn Amerika/UK.
sedangkan negara eropah x kecoh pun psl BI ni. org Melayu x bangga dgn Msia
hakikatnya dan bahasa Melayu khasnya. stamford raffles pun blajar jawi n b.
Melayu krana dia tahu dia berurusan dgn pihak istana. tak de pulak sultan2 kita
dulu blaja BI. bahasa cuma utk kita permudahkan komunikasi, itu sahaja
kepentingannya. disbbkan ianya bahasa pengantar, jd kita perlu blajar BI utk
mendptkan ilmu lain dan ini akan memudahkan semua keadaan. itu sahaja sbnrnya.
jd, klu setakat berbual sesama kita, galakkan Bahasa Melayu. naper nak MALU?
ares bahar   |2009-06-17 04:57:04
Memang benar belajar bahasa Inggeris merupakan satu keperluan tetapi untuk
menjadikannya syarat wajib lulus adalah satu perkara yang perlu diselidiki
dengan lebih mendalam.

edzlin007   |2009-06-17 04:40:45
setuju, lagipun matematik dan sains dalam bahasa inggeris. rasanya para pelajar
yang lemah bahasa inggeris akan lebih berusaha (atau guru dan pihak sekolah
bersungguh2 mengajar pelajar supaya tidak gagal dan rating jatuh).
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
:D:):(:0:shock::confused:8):lol::x:P:oops::cry::evil::twisted::roll::wink::!::?::idea::arrow:
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Last Updated ( Thursday, 18 June 2009 01:53 )