YoYoOh! Columnist



Elnorize
Azra



Komen Terkini

Hentikan serangan terhadap rumah ibadat
Written by rudin
Thursday, 21 January 2010 14:43
PDF Print E-mail

Berikutan kontroversi kalimah Allah yang membawa kepada reaksi melampau serangan terhadap gereja , pihak polis akhirnya berjaya menahan 8 suspek bagi membantu siasatan berhubung insiden serangan bom petrol terhadap sebuah gereja.

Penahanan ini sekaligus telah menutup mulut pihak-pihak yang cuba membuat spekulasi bahawasanya terdapat sikap double standard kerajaan dan pihak berkuasa di Malaysia yang seolah-olah tidak mengambil serius terhadap insiden serangan terhadap rumah beribadat pengganut Kristian di negara ini.

Selain itu, penahanan 8 suspek ini juga menunjukkan kesungguhan pihak polis dalam usaha memelihara keharmonian dan keamanan masyarakat di Malaysia kerana seperti yang kita sedia maklum insiden serangan terhadap rumah beribadat merupakan satu isu yang sensitif yang mampu menimbulkan ketegangan di antara pengganut Kristian dan Islam di negara ini. Kita tidak mahu lihat berlakunya insiden yang lebih buruk akibat perasaan tidak puas hati yang akhirnya boleh mencetuskan huru hara di negara ini.

Namun penulis beranggapan bahawa kejayaan pihak berkuasa menahan 8 orang suspek itu sudah sedikit terlambat. Ini kerana sudah berlaku reaksi-reaksi ekstrim yang cuba membalas serangan tersebut dengan mensasarkan pula tempat-tempat beribadat umat Islam di negara ini.

Sewaktu entri ini ditulis, telah berlaku beberapa insiden yang kelihatan seperti satu siri tindak balas berikutan serangan terhadap gereja iaitu sebuah surau di Kampung Jawa dan sebuah surau di Sarawak telah dijadikan sasaran vandalisme. Yang terbaru, terdapat satu cubaan untuk membakar sebuah surau di Muar dimana tirai surau tersebut telah terbakar namun mujur kebakaran itu disedari oleh beberapa individu yang berhampiran yang kemudiannya bergegas memadam api dari merebak.

Polis masih menyiasat kes-kes ini walaupun terdapat bukti-bukti bahawa kebakaran itu telah disengajakan.

Kejadian serang menyerang rumah beribadat ini menimbulkan kegusaran dan keresahan di dalam masyarakat. Sejarah telah membuktikan bahawa isu agama bukanlah satu isu yang remeh dan boleh dianggap mudah. Ianya merupakan satu isu sensitif yang sekiranya tidak dipandang serius boleh mencetuskan pertumpahan darah. Kita sudah pasti tidak mahu tragedi Ambon, berlaku di negara ini.

Penulis mengecam segala bentuk serangan yang ditujukan terhadap rumah beribadat mana-mana agama. Adakah wajar rumah suci dijadikan sasaran kemarahan dan hinaan hanya kerana tidak berpuas hati terhadap sesuatu isu yang masih boleh diselesaikan melalui dialog-dialog di antara agama (secara aman dan tertutup pastinya) dan dengan menggunakan sikap toleransi yang selama ini menjadi teras hubungan masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

Penulis sentiasa optimis dan yakin bahawa rakyat Malaysia adalah rakyat yang berhemah dan cintakan kedamaian. Oleh kerana itu, penulis sentiasa beranggapan bahawa terdapat pihak-pihak tidak bertanggung jawab yang cuba menangguk di air keruh yang sengaja cuba menimbulkan huru hara di negara ini bagi kepentingan mereka.

Oleh itu, sebelum kita beremosi dengan sesuatu perkara sehingga menjejaskan kewarasan kita untuk berfikir secara rasional, renunglah sejenak, siapakah yang akan untung sekiranya huru-hara berlaku di negara ini?

Apakah sebenarnya yang terselindung dan tersirat disebalik isu kalimah Allah ini? Adakah isu ini digunakan untuk mengalih perhatian rakyat terhadap isu yang lain? Atau adakah isu ini merupakan satu percaturan dan permainan atau konspirasi politik pihak-pihak tertentu yang mahu mengeksploitasikan isu agama bagi tujuan dan maksud tertentu kerana mereka ini mengetahui bahawa masih terdapat ramai pengganut agama di Malaysia masih merupakan pengganut yang fundamentalis dan ortodoks yang mampu meletakkan agama di tingkat yang lebih tinggi dari apa-apa kepentingan lain. Sikap inilah yang akan dimanipulasikan oleh para konspirator dalam percaturan politik mereka.

Terdapat pelbagai teori-teori konspirasi yang boleh dijadikan spekulasi. Namun kemungkinan itu hanyalah sekadar spekulasi.

Yang penting sekarang ini adalah pengganut Islam dan Kristian di Malaysia janganlah terlalu beremosional. Beri peluang pihak berkuasa mengawal keadaan. Jangan bertindak tanpa memikirkan kesan dari tindakan itu yang kemungkinannya akan memburukkan lagi keadaan.

Sekiranya kita adalah pengganut agama yang taat, baik Islam mahupun Kristian adalah lebih baik kita pertingkatkan amal ibadat kita dari memikirkan untuk mencela dan menghina agama lain sedangkan kita sendiri bukanlah seorang pengganut yang baik.


Quote this article on your site

To create link towards this article on your website,
copy and paste the text below in your page.




Preview :

Hentikan serangan terhadap rumah ibadat
Thursday, 21 January 2010

© 2010 - yoyooh


Powered by QuoteThis © 2008
Comments
Add New
Charco   |2010-01-22 15:57:50
rosakkn tmpt ibadat bkn la jln penyelesaian terbaik..(buat org lain makin marah
je!)

ape2pon,aku sntiasa menyokong penyelesaian masalah melalui perbincangan
agar semua pihak dpt mencapai kata sepakat dlm hal ini..
edzlin007   |2010-01-22 04:18:41
betul tu. lebih baik banyak beramal daripada menyebabkan kemarahan dan huru
hara. masyarakat hanya hormat pada mereka yang buat baik.
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
:D:):(:0:shock::confused:8):lol::x:P:oops::cry::evil::twisted::roll::wink::!::?::idea::arrow:
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Last Updated ( Thursday, 21 January 2010 14:50 )