Yo! Latest
- Mila dan Akim AF sebagai gajah yang comel dalam filem JUMBO SI GAJAH BIRU
- Halimah Jongang : Satu Isu Besar?
- Hotel Mania- Drama Muzikal Lokal Terbaru!
- Filem Niyang Rapik - Filem Seram-Seram Suam Terbaru dari Ahmad Idham
- Tips Beli Telefon Bimbit!
- Blog Revisted - Blog Diari Wanita Terbaik.
- JUMBO GAJAH BIRU - Filem animasi bakal meletup di pawagam.
- Review Lu Fikirlah Sendiri
- Yoyooh.Com Blogger Award - Blog Revisited
- Facebook mendatangkan masalah !.
- Kemalangan Berlaku - Apa yang perlu anda buat
- Ekstreme Park Seksyen 13 - Port Tumpuan Remaja.
- Datuk Nasir Safar dan kenyataan Rasisnya.
- 2 Hati 1 Jiwa - Sebuah filem yang hambar dan meresahkan.
- Tampar Je Cikgu Tu, Mak!!!
Yo! Popular
- Tampar Je Cikgu Tu, Mak!!!
- JUMBO GAJAH BIRU - Filem animasi bakal meletup di pawagam.
- 2 Hati 1 Jiwa - Sebuah filem yang hambar dan meresahkan.
- Ekstreme Park Seksyen 13 - Port Tumpuan Remaja.
- Hotel Mania- Drama Muzikal Lokal Terbaru!
- Filem Niyang Rapik - Filem Seram-Seram Suam Terbaru dari Ahmad Idham
- Datuk Nasir Safar dan kenyataan Rasisnya.
- Review Lu Fikirlah Sendiri
- Blog Revisted - Blog Diari Wanita Terbaik.
- Facebook mendatangkan masalah !.
- Kemalangan Berlaku - Apa yang perlu anda buat
Komen Terkini
|
[ Laporan Khas Yoyooh ] Oleh : [r][a][y] eusouff
Sekitar tahun 1991 hingga tahun 1993, budaya lepak mendapat perhatian masyarakat. Ianya dikatakan menular dikalangan pelajar sekolah dan dipandang serius sehinggakan ada kajian mengenai "budaya lepak" oleh pihak-pihak tertentu.
![]() gambar hiasan
Antaranya hasil dari kajian [Samsudin, 1993] yang menunjukkan perilaku lepak tidak terhad kepada remaja bersekolah malah lebih menular dikalangan yang sudah bekerja. Hasil dari kajian itu juga menunjukkan secara purata remaja menhabiskan masa sebanyak 16.3jam seminggu dan menonjol dikawasan luar bandar 28.4 jam [Felda] dan 22.4jam [kampung tradisional]
15 tahun telah berlalu. Adakah budaya lepak masih wujud? Penulis tidak menemui sebarang bentuk kajian terkini mengenai budaya lepak. Mungkin juga ianya tidak dianggap sebagai satu masalah lagi sekarang?
Dari apa yang diperhatikan, budaya lepak yang dulunya dikaitkan dengan remaja dan kini mereka telah bergelar dewasa masih wujud. Cuma lepaknya agak berbeza sedikit. Ramai generasi muda yang telah bekerja dan ramai lagi lapisan masyarakat masih kelihatan duduk berjam-jam lamanya dikedai-kedai mamak sehingga lewat pagi. Wujudnya kedai makan 24jam memberi ruang kepada masyarat untuk lepak.
![]()
lepak sampai ke pagi - gambar hiasan
Bagi mereka, melepak ini menenangkan fikiran setelah penat bekerja, peluang bersosial dan bertukar-tukar fikiran. Perkataan "lepak" bukan lagi satu perkataan yang negatif bagi mereka, malah sering digunakan. "Jom lepak Ali Maju malam ni" , "Kau free tak malam ni, jom lepak" " Boring la...best jugak kalau dapat lepak" . Tidak keterlaluan jika saya katakan yang lepak itu adalah satu bentuk riadah bagi sesetengah pihak sekarang ini. Saya menggambarkan kehadiran restoran 24 jam sebagai salah satu faktor yang menggalakkan pembentukan budaya masyarakat baru, tempat makan seperti ini telah mengalami evolusinya yang tersendiri.
Kalau yang dewasa melepak, remaja sekarang pula bagaimana? Jawapan dari pemerhatian saya, ialah ya.
Pada hari ini, kita dapat melihat ramai golongan muda seperti pelajar universiti dan remaja bebas keluar sehingga awal pagi. Kita masih dapat melihat remaja berpeleseran di kompleks membeli belah. Tanpa arah tujuan, berkumpul beramai-ramai menghabiskan masa memerhatikan gelagat manusia lain. Ada juga bentuk melepak yang berbeza seperti berkumpul beramai-ramai dan bershuffle dan juga merempit.
![]() rempit juga budaya lepak? -gambar hiasan
Memetik kata-kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron. "Kafe francais wujud budaya lepak sihat". Beliau turut membenarkan kafe-kafe francais ini diwujudkan di IPTA. Alasan beliau ialah dengan membawa kafe ini ke IPTA ianya akan lebih terkawal. Sila rujuk di blog beliau >>> DISINI ![]() lepak starbucks lepak sihat - gambar hiasan
Berbalik semula kepada makna melepak. Sekiranya dikaitkan semula dengan maksud melepak, ianya tidak lagi relevan atau telah disalahertikan. Apakah sebenarnya "budaya lepak"? Bila sekumpulan manusia berkumpul dan berada ditempat-tempat awam yang menjadi tumpuan awam tanpa tujuan tertentu atau tidak melakukan sesuatu perkara khusus selain daripada berbual kosong dan bergelak ketawa sahaja.
Sekarang, setiap generasi muda yang melepak ada tujuan dan alasan mereka. Tujuan mereka ialah untuk berhibur, berkenalan, menenangkan fikiran dan bersuka ria.
Kini wujud pula "Budaya lepak sihat". Adakah ianya bukan lagi satu masalah?
[r][a][y] eusouff untuk Yoyooh.com
ARTIKEL BERKAITAN : KENAKALAN REMAJA >>>KLIK DISNI
Quote this article on your site To create link towards this article on your website, copy and paste the text below in your page. Preview : Powered by QuoteThis © 2008
Powered by !JoomlaComment 3.26
3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Last Updated ( Saturday, 23 August 2008 11:44 ) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||














Aion kinah - link:http://www.aioneukinah.com p...
air jordan - link:http://www.b2c2u.com/ link...
tantri gw suka banget sama gaya dan suara u...T...
adoi x dapat bayangkan mila ngan akim jadi gaja...