Yo! Remaja
Ekstreme Park Seksyen 13 - Port Tumpuan Remaja.
Written by Rudin
Tuesday, 09 February 2010 22:54
PDF Print E-mail

 

Yoyooh.com Original Production

Bagi remaja yang menetap atau belajar di Shah Alam pasti sangat familiar dengan port lepak paling cool di Shah Alam iaitu Ekstreme Park yang terletak di  Seksyen 13 Shah Alam.  Port ini menjadi pilihan kebanyakan remaja untuk meluangkan masa bersantai dan beriadah kerana lokasinya yang strategik iaitu di Seksyen 13, satu kawasan tumpuan untuk beriadah atau bersukan, iaitu di lingkaran pusat sukan yang berdekatan dengan Stadium Shah Alam, Stadium Melawati,Mini Stadium dan Pusat Aquatic.

Last Updated ( Saturday, 13 February 2010 18:27 )
 
Bunuh Diri - Bukan Penyelesaian
Written by Md Indera
Tuesday, 23 June 2009 03:16
PDF Print E-mail

Baru-baru ini aku terbuka laman youtube yang mengandungi klip video seorang remaja lelaki yang menggantung diri. Remaja tersebut adalah remaja lelaki Melayu yang baru berusia awal 20an. Klip video yang dirakam menggunakan kamera telefon bimbit ini mungkin sudah lama tersebar tetapi aku baru menontonnya semalam. Mungkin ada diantara kamu yang sudah menontonnya. Jika belum, aku tidak menggalakkan kamu menontonnya kerana aku sehingga kini masih terganggu fikiran dengan imej budak lelaki tersebut yang tergantung dalam keadaan yang amat menyedihkan.

 

 

Aku jujurnya merasa sedih yang teramat melihat keadaan mayat budak lelaki tersebut. Dia telah memilih untuk menamatkan riwayatnya dengan cara begitu. Iaitu dengan membunuh dirinya sendiri. Sewaktu video itu dirakam, jelas kelihatan tangan dan kakinya yang sudah biru kehitaman. Pasti dia merasa begitu tersiksa sebelumnya nyawanya meninggalkan jasad.

Last Updated ( Tuesday, 23 June 2009 03:51 )
 
Generasi Bebas Jenayah - Apa yg anda tahu?
Written by ray eusouff
Wednesday, 06 May 2009 01:21
PDF Print E-mail
Logo Generasi Bebas Jenayah
Kempen Generasi Bebas Jenayah


Adakah anda berasa selamat setiap kali melangkah kaki keluar rumah? Bimbang setiap kali anda meninggalkan rumah atau pulang dari kerja di waktu malam? Kecurian berlaku disana-sini dan berhampiran dengan kediaman anda?
Last Updated ( Friday, 29 May 2009 01:36 )
 
Belia Antarabangsa.
Written by silbi abigail
Tuesday, 28 April 2009 11:04
PDF Print E-mail

Mungkin ada yang sudah mengetahui atau ada juga yang tidak perasan akan kewujudannya. Termasuklah aku yang baru tahu. Terdapatnya di negara kita sendiri, Kompleks World Youth Foundation di Leboh Ayer Keroh, Melaka merupakan ibu pejabat organisasi antarabangsa untuk aktiviti para remaja dan belia.

Last Updated ( Tuesday, 28 April 2009 11:28 )
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 Next > End >>

Page 1 of 6