Yo! Latest
- Mila dan Akim AF sebagai gajah yang comel dalam filem JUMBO SI GAJAH BIRU
- Halimah Jongang : Satu Isu Besar?
- Hotel Mania- Drama Muzikal Lokal Terbaru!
- Filem Niyang Rapik - Filem Seram-Seram Suam Terbaru dari Ahmad Idham
- Tips Beli Telefon Bimbit!
- Blog Revisted - Blog Diari Wanita Terbaik.
- JUMBO GAJAH BIRU - Filem animasi bakal meletup di pawagam.
- Review Lu Fikirlah Sendiri
- Yoyooh.Com Blogger Award - Blog Revisited
- Facebook mendatangkan masalah !.
- Kemalangan Berlaku - Apa yang perlu anda buat
- Ekstreme Park Seksyen 13 - Port Tumpuan Remaja.
- Datuk Nasir Safar dan kenyataan Rasisnya.
- 2 Hati 1 Jiwa - Sebuah filem yang hambar dan meresahkan.
- Tampar Je Cikgu Tu, Mak!!!
Yo! Popular
- Tampar Je Cikgu Tu, Mak!!!
- JUMBO GAJAH BIRU - Filem animasi bakal meletup di pawagam.
- 2 Hati 1 Jiwa - Sebuah filem yang hambar dan meresahkan.
- Ekstreme Park Seksyen 13 - Port Tumpuan Remaja.
- Hotel Mania- Drama Muzikal Lokal Terbaru!
- Filem Niyang Rapik - Filem Seram-Seram Suam Terbaru dari Ahmad Idham
- Datuk Nasir Safar dan kenyataan Rasisnya.
- Review Lu Fikirlah Sendiri
- Blog Revisted - Blog Diari Wanita Terbaik.
- Facebook mendatangkan masalah !.
- Kemalangan Berlaku - Apa yang perlu anda buat
Komen Terkini
|
Baru-baru ini aku terbuka laman youtube yang mengandungi klip video seorang remaja lelaki yang menggantung diri. Remaja tersebut adalah remaja lelaki Melayu yang baru berusia awal 20an. Klip video yang dirakam menggunakan kamera telefon bimbit ini mungkin sudah lama tersebar tetapi aku baru menontonnya semalam. Mungkin ada diantara kamu yang sudah menontonnya. Jika belum, aku tidak menggalakkan kamu menontonnya kerana aku sehingga kini masih terganggu fikiran dengan imej budak lelaki tersebut yang tergantung dalam keadaan yang amat menyedihkan.
Aku jujurnya merasa sedih yang teramat melihat keadaan mayat budak lelaki tersebut. Dia telah memilih untuk menamatkan riwayatnya dengan cara begitu. Iaitu dengan membunuh dirinya sendiri. Sewaktu video itu dirakam, jelas kelihatan tangan dan kakinya yang sudah biru kehitaman. Pasti dia merasa begitu tersiksa sebelumnya nyawanya meninggalkan jasad. Khabar angin mengatakan bahawa remaja lelaki tersebut menggantung dirinya kerana kekasihnya yang bernama Ain telah berkahwin dengan lelaki lain. Ini khabar angin yang aku baca dari komen-komen yang ditinggalkan di laman youtube tersebut. Tidaklah tahu sejauh mana kesahihannya. Jika benar khabar angin ini, kenapalah agaknya remaja lelaki tersebut bertindak nekad sedemikian. Adakah kerana dalamnya cinta dia terhadap kekasihnya sehingga merasakan hidupnya sudah tidak bermakna tanpa kekasihnya itu atau singkatnya pemikiran beliau sehingga sanggup membunuh dirinya sendiri kerana ditinggalkan oleh seorang perempuan? Tuhan sahajalah yang tahu penyebabnya. Siapalah kita untuk menghakimi beliau. Kita berdoa sahajalah agar Tuhan mengasihani hambanyayang malang itu. Apapun jadikanlah iktibar dari tragedi yang menimpa diri remaja lelaki tersebut supaya kita lebih menghargai apa yang telah kita miliki iaitu ‘cinta’ dan ‘nyawa’ kita. Jika bukan kerana ‘cintanya’ yang tidak dihargai, remaja lelaki tersebut tidak menderita emosinya sehingga bertindak sedemikian, dan jika bukan kerana ‘nyawa’ tidak dihargai, remaja lelaki tersebut pasti tidak memilih untuk menamatkan riwayatnya dengan sia-sia. Memilih untuk mati bukanlah satu pilihan yang betul. Asalkan tubuh ini masih bernafas, masalah sebesar manapun yang kita hadapi pasti kita mempunyai peluang untuk selesaikannya atau tempuhinya. Sekiranya, masalah itu tidak mampu kita hadapinya bersendirian, carilah teman untuk berkongsi masalah tersebut. Dan sekiranya tiada teman yang sudi,masih ada Dia yang Maha Pendengar untuk kita hamba-hambanya mengadu dan meminta untuk ditabahkan hati. Selalulah semat ayat ini di hati; “ Tuhan tidak menguji hambanya melainkan dia tahu hambanya itu mampu untuk menghadapi ujian tersebut” Kadangkala ujian yang berat adalah ujian Tuhan kepada diri kita. Tabahkan hati, mungkin ada hikmah di sebalik ujian tersebut. Janganlah memilih untuk membunuh diri, kerana ianya bukan sahaja tidak menyelesaikan masalah tetapi ianya meninggalkan kesan emosi yang sangat teruk kepada insan-insan yang menyayangi kita. Akhir kata ingatlah, Manusia memang tidak meminta untuk hidup, tetapi ini bukanlah bermakna manusia boleh pula memilih untuk menamatkan riwayat mereka dengan sewenang-wenangnya. Kerana nyawa kita bukanlah mutlak milik kita, tetapi akan kembali ke pangkuan Penciptanya. Quote this article on your site To create link towards this article on your website, copy and paste the text below in your page. Preview : Powered by QuoteThis © 2008
Powered by !JoomlaComment 3.26
3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Last Updated ( Tuesday, 23 June 2009 03:51 ) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||












air jordan - link:http://www.b2c2u.com/ link...
tantri gw suka banget sama gaya dan suara u...T...
adoi x dapat bayangkan mila ngan akim jadi gaja...
wahh! video log melatop