Yo! Latest
- Mila dan Akim AF sebagai gajah yang comel dalam filem JUMBO SI GAJAH BIRU
- Halimah Jongang : Satu Isu Besar?
- Hotel Mania- Drama Muzikal Lokal Terbaru!
- Filem Niyang Rapik - Filem Seram-Seram Suam Terbaru dari Ahmad Idham
- Tips Beli Telefon Bimbit!
- Blog Revisted - Blog Diari Wanita Terbaik.
- JUMBO GAJAH BIRU - Filem animasi bakal meletup di pawagam.
- Review Lu Fikirlah Sendiri
- Yoyooh.Com Blogger Award - Blog Revisited
- Facebook mendatangkan masalah !.
- Kemalangan Berlaku - Apa yang perlu anda buat
- Ekstreme Park Seksyen 13 - Port Tumpuan Remaja.
- Datuk Nasir Safar dan kenyataan Rasisnya.
- 2 Hati 1 Jiwa - Sebuah filem yang hambar dan meresahkan.
- Tampar Je Cikgu Tu, Mak!!!
Yo! Popular
- Tampar Je Cikgu Tu, Mak!!!
- JUMBO GAJAH BIRU - Filem animasi bakal meletup di pawagam.
- 2 Hati 1 Jiwa - Sebuah filem yang hambar dan meresahkan.
- Ekstreme Park Seksyen 13 - Port Tumpuan Remaja.
- Filem Niyang Rapik - Filem Seram-Seram Suam Terbaru dari Ahmad Idham
- Hotel Mania- Drama Muzikal Lokal Terbaru!
- Datuk Nasir Safar dan kenyataan Rasisnya.
- Review Lu Fikirlah Sendiri
- Blog Revisted - Blog Diari Wanita Terbaik.
- Facebook mendatangkan masalah !.
- Kemalangan Berlaku - Apa yang perlu anda buat
Komen Terkini
|
Yoyooh.com Original Production Bagi remaja yang menetap atau belajar di Shah Alam pasti sangat familiar dengan port lepak paling cool di Shah Alam iaitu Ekstreme Park yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam. Port ini menjadi pilihan kebanyakan remaja untuk meluangkan masa bersantai dan beriadah kerana lokasinya yang strategik iaitu di Seksyen 13, satu kawasan tumpuan untuk beriadah atau bersukan, iaitu di lingkaran pusat sukan yang berdekatan dengan Stadium Shah Alam, Stadium Melawati,Mini Stadium dan Pusat Aquatic. Selain itu ianya juga berdekatan dengan pusat membeli belah iaitu Giant Seksyen 13 dan Tesco serta menjadi pilihan utama remaja untuk menjamu selera kerana terdapat banyak restoran makanan segera di sini yang juga dibina di kawasan Ekstreme Park ini iaitu Pizza Hut, Burger King, dan KFC. Selain restoran makanan segera terdapat banyak restoran yang makanan lain seperti Rafi Bistro, Pelaga dan Restoran Zul Yahya yang menjadi pilihan ramai remaja untuk menjamu selera yang berdekatan dengan Esktreme Park ini. Selain itu, Ekstreme Park ini menjadi port tumpuan remaja sudah pastilah tidak lain dan tidak bukan kerana disinilah para remaja-remaja cool ( baik yang menetap di Selangor mahupun negeri-negeri lain) yang meminati aktiviti sukan lasak atau sukan ekstreme seperti skateboard, wall climbing, BMX dan Inline skate menjalankan latihan bagi mempertajamkan skill masing-masing. Para remaja sukan ekstreme dari negeri sejauh Kedah dan Johor turut datang bermain di Ekstreme Park ini. Aktiviti lasak yang dipertontonkan mereka sewaktu mereka berlatih ini juga semestinya menarik minat para remaja lain untuk datang melihat walaupun mereka yang datang ini tidak mempunyai minat di dalam bidang tersebut.Penulis sendiri turut akui bahawa walaupun tidak berminat di dalam sukan ekstreme ini ( bukan tak minat tapi ngeerii sebenarnya!!! ) turut berasa kagum melihat segelintir dari mamat-mamat ekstreme ini melakukan aksi-aksi ekstreme dengan menggunakan BMX atau Skateboard masing-masing. Kalau penulis yang melakukan aksi tersebut alamat selamat tinggal lah donia! Selain itu, melalui sesi temubual penulis bersama pengunjung-pengunjung remaja yang datang melepak di situ pada malam hari, kebanyakan dari mereka mengatakan bahawa Ekstreme Park menjadi pilihan mereka adalah kerana tempat ini dibuka 24 jam kerana terdapat restoran makanan segera yang beroperasi 24 jam di kawasan tersebut. Kawasan ini menjadi alternatif untuk restoran mamak bagi remaja ( yang kebanyakannya pelajar IPTA/IPTS berdekatan) untuk overnight bersama kawan-kawan, buat assignment berkumpulan atau membuat temu janji romantis bersama teman istimewa masing-masing ( iyalah kalau dating kat taman tasik Shah Alam tu nanti tak pasal-pasal kena tangkap berkhalwat plak!). Kawasan Ekstreme Park yang terang dan sentiasa mempunyai pengunjung ini dilihat sebagai satu kawasan yang paling ideal untuk para remaja ini meluangkan masa dan bersantai. Selain itu, pada hari minggu, remaja-remaja yang meminati sukan lasak skateboard, BMX dan wall climbing boleh bermain sampai lebam hingga ke pagi. Ini kerana pihak pengurusan Ekstreme Park tersebut iaitu Hikers Climber Adventure Team Sdn. Bhd yang diberi kepercayaan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam untuk menguruskan tempat tersebut tidak menutup kawasan tersebut malahan membiarkan pula lampu ruah ( baik hati sungguh!) terpasang sehingga ke pukul 6.00 pagi bagi membolehkan para remaja bermain di situ sehingga ke pagi. Kerana itu, para remaja yang datang dari luar negeri Selangor yang ingin bermain di situ dapat bermain sehingga puas dan ramai diantara mereka yang secara rilek dan selamba tidur di kawasan tersebut. Kesimpulannya, kewujudan Ekstreme Park ini memberi banyak manfaat kepada komuniti setempat khususnya para remaja kerana berbagai aktiviti boleh dilakukan hanya di sebuah kawasan terutamanya pada waktu malam hari kerana sebagai sebuah kawasan yang mempunyai ramai pelajar IPTA dan IPTS, Bandar Shah Alam merupakan bandar yang tidak tidur dan Ekstreme Park ini dilihat sebagai satu destinasi pilihan bagi remaja untuk meluangkan masa mereka pada malam hari di sebuah kawasan terbuka/di Shah Alam tanpa menimbulkan persepsi negatif masyarakat setempat. p/s - Di atas terdapat satu sesi temubual/rakaman bersama En. Nazri a.k.a Moji iaitu Pengarah Operasi Syarikat Hikers Climbers Adventure Team Sdn Bhd iaitu Syarikat swasta yang diberi kepercayaan menguruskan Ekstreme Park ini. Penulis ingin mengucapkan ribuan Terima kasih kepada beliau kerana sudi ditemuramah oleh Yoyooh.com.
Quote this article on your site To create link towards this article on your website, copy and paste the text below in your page. Preview : Powered by QuoteThis © 2008
Powered by !JoomlaComment 3.26
3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Last Updated ( Saturday, 13 February 2010 18:27 ) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||









Welcome link:http://www.chanelsunglassessale.c...
Getting link:http://www.tiffanyvip.com up lin...
Television link:http://www.guccisunglassessale...
In link:http://www.chaneljewelrysale.com many ...
At link:http://www.tiffanyhotsale.com about l...