Yo! Sukan
SELANGOR KENA BELASAH
Written by mat blog
Friday, 19 March 2010 15:44
PDF Print E-mail

SELANGOR KENA BELASAH SRIWIJAYA

Pasukan Bola Sepak Selangor beraya mengharumkan nama di Indonesia apabila dengan bersungguh-sungguh menunjukkan skil jaguh kampung sewaktu menentang kelab SRIWIJAYA FC. Adalah sesuatu yang membanggakan apabila dikalahkan dengan jaringan 6 gol berbalas 1.

Ini sahajakah kemampuan Pasukan Bola Sepak Selangor? Kalah dan menang sudah menjadi adat permainan bola sepak namun yang dipersoalkan adalah kekalahan dengan 6 biji gol sebegini tidak dapat tidak terdetik satu perasaan kecewa dan hampa yang tersangat.

Begitu lemah atau kelab lawan terlalu hebat? Adakah pemain tidak mempunyai skil sehingga diperbudakkan sebegini atau jurulatih yang tersilap percaturan strategi. Dimanakah silapnya? Kalah 1 atau 2 gol boleh dianggap tidak bernasib baik tetapi kalah 6 gol sebegini menunjukkan terdapat sesuatu yang tidak kena pada pasukan bola sepak Selangor.

Ramai  peminat yang mengatakan pemain bola Selangor itu bukanlah tidak mempunyai mutu permainan yang bagus tetapi kerana mereka , tidak mempunyai kekuatan mental apabila sudah ketinggalan. Moral pemain-pemain merudum. Jaguh Kampung adalah label yang paling sesuai!

Bagus juga FAM mengasingkan pemain-pemain kebangsaan itu daripada bermain di liga bola tempatan. Seperti kata B Sathianathan – MALAYSIAN LEAGUE IS NOT A FOOTBALL!

 
Peminat Bola Sepak Kelantan Mengganas Lagi !!
Written by Tenuk Nila
Sunday, 08 November 2009 11:08
PDF Print E-mail
Tragedi berulang lagi.. Kali ni penyokong kelantan bertindak lebih ganas..Mcm mane nk selesaikan masalah mcm ni??

Bagi tenuk FAM kene bertindak mcm FA england..Penyokong mana yg bertindak ganas kelab tu yg kene nnt..bru leh perbetulkan dorg ni...

Cube la buat sabar.. bakar seat stadium bukan leh bantu kemenangan kelantan pun..
patutnya sorak bg sokongan...

Amek contoh fans liverpool.. team da kene 1-3 n 2 kad merah... penyokong setia nyanyi lagi bagi sokngan... mcm tu la yg kite nk.. sokongan yg penuh...

Tenuk dah bosan. Anyways tahniah kpd penyokong N.Sembilan yg semangat kesukanannya lebih tinggi berbanding Kelantan.

 


Bagaikan di medan perang apabila Stadium Nasional Bukit Jalil dipenuhi asap gara-gara tindakan penyokong Kelantan yang membakar kerusi serta kain rentang semasa perlawanan akhir Piala Malaysia malam tadi.


Last Updated ( Sunday, 08 November 2009 11:17 )
 
Jangan hilang Patriotisme semata kerana Red Devils
Written by Md Indera
Tuesday, 14 July 2009 14:48
PDF Print E-mail

Manchester United akan berkunjung dan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Malaysia minggu ini. Bagi peminat-peminat fanatik 'The Red Devils inilah masa yang sangat ditunggu-tunggu. Mereka akan berpeluang untuk menyaksikan idola dan bintang-bintang bola sepak yang sangat mereka kagumi secara 'live' di depan mata mereka. Pasti kunjungan pasukan Manchester ini merupakan saat-saat yang sangat mengujakan bagi peminat fanatik kelab bola tersebut.

Namun, dalam masa yang sama, penyokong kelab tersebut  harus sedar bahawa The Red Devils yang mereka pujakan itu akan berhadapan dengan pasukan Malaysia.  Pasukan di mana mewakili negara mereka sendiri.

Ini pasti sesuatu yang sangat 'dilema' setidaknya bagi aku.

Last Updated ( Tuesday, 14 July 2009 15:15 )
 
Atlet Berpendidikan
Written by Janggut
Monday, 08 June 2009 11:48
PDF Print E-mail

Mingguan Malaysia edisi 7 Jun 2009 (ruangan ‘Dalam Negeri’ halaman 13) melaporkan Kerajaan akan meningkatkan jumlah pengambilan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di kalangan atlet sehingga 30% dalam sesi pengajian yang akan datang. Perkara ini dinyatakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. Dalam kenyataannya, mana-mana atlet yang memenuhi syarat melanjutkan pelajaran ke IPTA akan diberikan keutamaan untuk mengisi tempat tersebut.

Ia merupakan satu langkah bijak yang dilakukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) khususnya, kerana dengan meningkatkan kuota atlet, persaingan sihat di kalangan pelajar di universiti dapat ditingkatkan. Secara tak langsung, mana-mana individu yang mahu masuk ke IPTA juga perlu aktif dalam bidang sukan.

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 Next > End >>

Page 1 of 4