Yo! Sejarah
Sejarah Malaysia - Dari Sudut Yang Lain
Written by rudin
Sunday, 24 January 2010 01:33
PDF Print E-mail

'Sejarah ditulis oleh orang yang menang'...

Ini quotation yang aku sudah tidak ingat dari siapa. Ungkapan yang famous, yang oh, mungkin aku terbaca dari novel Dan Brown iaitu  Da Vinci Code. Quotation ini cuba untuk memberitahu bahawa sejarah yang kita baca dan tahu sekarang ini mungkin adalah merupakan satu sejarah yang sumbernya ditulis dan diambil dari sebelah pihak yang sahaja.

Harus diingat bahawa sejarah biasanya melibatkan dua pihak dan kemungkinan apa yang kita dengari dan baca itu hanyalah berdasarkan dari satu pihak sahaja.

Oleh kerana itu setiap sumber sejarah yang kita baca dan dengari haruslah diteliti dan dikaji dari pelbagai sudut sebelum kita menerimanya sebagai bahan sejarah. Kita tidak boleh menerima apa sahaja yang dikatakan sebagai sejarah itu sebagai satu sejarah yang benar sebelum kita sendiri cuba mencari kebenarannya.

Namun selalunya majoriti daripada kita (kita disini merujuk kepada majoriti umat manusia bukan sahaja rakyat Malaysia) hanya akan membaca sejarah yang terhidang di hadapan mata sahaja dan kemudiannya terus mempercayai dan menjadikan bahan sejarah itu sebagai satu pegangan. Versi lain selain dari apa yang kita dengar dan dipelajari kita akan katakan ianya salah dan tidak benar

Last Updated ( Sunday, 24 January 2010 01:45 )
 
Hari Kebangsaan Malaysia
Written by Tenuk Nila
Wednesday, 26 August 2009 02:41
PDF Print E-mail

Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun. Pada 31 Ogos, 2007, Malaysia telah menyambut ulangtahun hari kemerdekaan yang ke-50.

Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka.

Sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di Putrajaya. Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari kebangsaan merupakan hari cuti am di Malaysia.

 
Chin Peng - Tiada Seinci Pun Tempatmu Di Malaysia Ini.
Written by Md Indera
Monday, 15 June 2009 01:25
PDF Print E-mail

Chin Peng atau (nama sebenarnya Ong Boon Hua), merupakan satu nama yang sinonim dengan Parti Komunis Malaya (PKM) dan ianya juga sinonim dengan  'sejarah hitam' Malaysia. Perjuangan sayap bersenjata PKM terhadap kerajaan kolonial British di Malaya dan kemudian Kerajaan Malaysia (selepas merdeka) bagi mencapai cita-cita mereka menubuhkan sebuah kerajaan kuku besi komunis telah menyebabkan ribuan nyawa melayang meninggalkan jasad. Kebanyakan mereka yang terkorban ini adalah terdiri daripada pasukan keselamatan negara  iaitu pasukan tentera dan polis yang bermati-matian mempertahankan negara dari dijajah oleh sebuah parti yang menganuti ideologi yang sekarang ini terbukti tidak relevan, iaitu komunisme (e,g Kesatuan Soviet yang telah runtuh).

Pasukan bersenjata komunis atau lebih dikenali dengan nama Bintang Tiga, tidak sahaja melakukan pembunuhan, penculikan dan penyiksaan terhadap orang awam yang tidak menyokong perjuangan mereka, malahan mereka bertindak melakukan serangan-serangan sabotaj untuk menganggu aktiviti ekonomi negara. Untuk tempoh masa lebih 50 tahun negara diancam oleh komunis dan hanya apabila termeterainya perjanjian Hadyai pada tahun 1989, Parti Komunis Malaya bersetuju untuk meletakkan senjata.

Last Updated ( Thursday, 18 June 2009 02:01 )