All Time Favourites
- Kenakalan Remaja
- sepi ~ 3 cerita cinta 3 segi
- Ketagihan Bahan Lucah
- KOTAK - Band Rock dari Indonesia
- Yoyooh.com Blogger Awards 2008/09 : Its time for members only to VOTE !!
- Remaja GAY dan GIGOLO !! - isu baru lelaki malaysia ??
- Fesyen Artis @ Kemuncak Aidilfitri AF
- Budaya Lepak
- " BIO-NIK" [ Drama Siri Terbaru Kru Studios ]
- Are Short Guys More Tactful?
|
'Sejarah ditulis oleh orang yang menang'... Ini quotation yang aku sudah tidak ingat dari siapa. Ungkapan yang famous, yang oh, mungkin aku terbaca dari novel Dan Brown iaitu Da Vinci Code. Quotation ini cuba untuk memberitahu bahawa sejarah yang kita baca dan tahu sekarang ini mungkin adalah merupakan satu sejarah yang sumbernya ditulis dan diambil dari sebelah pihak yang sahaja. Harus diingat bahawa sejarah biasanya melibatkan dua pihak dan kemungkinan apa yang kita dengari dan baca itu hanyalah berdasarkan dari satu pihak sahaja. Oleh kerana itu setiap sumber sejarah yang kita baca dan dengari haruslah diteliti dan dikaji dari pelbagai sudut sebelum kita menerimanya sebagai bahan sejarah. Kita tidak boleh menerima apa sahaja yang dikatakan sebagai sejarah itu sebagai satu sejarah yang benar sebelum kita sendiri cuba mencari kebenarannya. Namun selalunya majoriti daripada kita (kita disini merujuk kepada majoriti umat manusia bukan sahaja rakyat Malaysia) hanya akan membaca sejarah yang terhidang di hadapan mata sahaja dan kemudiannya terus mempercayai dan menjadikan bahan sejarah itu sebagai satu pegangan. Versi lain selain dari apa yang kita dengar dan dipelajari kita akan katakan ianya salah dan tidak benar Begitu juga dengan para pelajar/ generasi muda yang belajar subjek Sejarah di sekolah menengah, tingkatan 6 ataupun di IPTA dan IPTS, jangan jadikan buku teks sejarah itu sumber rujukan numero uno dan yang paling sahih. Ini adalah satu sikap yang amat merugikan. Kerana dengan mengetahui sejarah yang sebenar barulah kita dapat memahami apa yang telah berlaku pada hari ini. Ini kerana dari sejarah yang pernah berlaku itulah yang mencorakkan dunia kita pada hari ini. Contohnya di Malaysia ini. Terdapat banyak fakta sejarah yang boleh kita ragukan dan mungkin boleh kita persoalkan. Adakah benar peristiwa itu yang berlaku? Adakah selayaknya seseorang tokoh itu dikagumi dan diimejkan sebagai wira? Contoh yang paling bagus seperti apa yang telah ditulis oleh Hishamuddin Rais dalam blognya dan pernah disiarkan di Malaysiakini. Beliau telah menulis beberapa peristiwa dan perkara yang dianggap sejarah namun ianya tidak lebih hanyalah satu bentuk 'mitos' iaitu salah satu yang dipertikaikannya adalah mengenai tarikh kemerdekaan negara. Ramai diantara kita menganggap 31 Ogos adalah hari kemerdekaan Malaysia. Dan ini adalah salah kerana Malaysia telah ditubuhkan pada 16 September 1963. 31 Ogos hanyalah hari kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu di Semenanjung sedangkan Sabah dan Sarawak masih lagi belum mencapai kemerdekaannya. Oleh itu, untuk menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun bagi seluruh rakyat Malaysia adalah sesuatu yang tidak adil kerana negara bangsa Malaysia ini wujuud pada 16 September 1963. Begitu juga halnya dengan perihal perjuangan kemerdekaan. Perjuangan kemerdekaan dimulakan oleh Parti yang dinamakan sebagai KMM iaitu Kesatuan Melayu Muda yang ditubuhkan pada tahun 1938. Pada waktu tersebut UMNO masih belum wujud lagi. Parti ini telah melaungkan slogan MERDEKAnya. Oleh itu, untuk mengatakan hanya UMNO sahaja yang memperjuangkan kemerdekaan adalah sesuatu yang tidak tepat. Perbezaan diantara parti KMM serta parti-parti lain pada masa itu berbanding UMNO hanyalah kerana parti-parti tersebut bersifat radikal dan berhaluan kiri manakala UMNO adalah parti berhaluan kanan yang mengamalkan dasar berkompromi. Namun untuk mengatakan hanya UMNO dan Tunku Abdul Rahman yang memperjuankan kemerdekaan adalah tidak tepat. Selain itu, kita, generasi baru sering didendangkan dengan kejayaan negara kita merdeka secara aman tanpa pertumpahan darah kerana Umno, MCA dan MIC telah berulang alik ke London untuk menuntut kemerdekaan melalui kaedah rundingan dengan pihak British dan akhirnya pihak British telah memberi kemerdekaan bersyarat kepada Tanah Melayu. Memang benar tiada sesiapa daripada rombongan menuntut kemerdekaan itu yang terbunuh atau mati di England sewaktu menuntut kemerdekaan namun bagaimana dengan ahli-ahli parti di Tanah Melayu yang lain yang menuntut kemerdekaan melalui kaedah yang radikal iaitu dengan cara mengangkat senjata seperti API,AWAS,PKM yang masuk hutan bergerila melawan Jepun dan kemudiannya melawan British? Walaupun Hishamuddin Rais menyenaraikan sebanyak tujuh perkara yang dianggap memutarbelitkan sejarah dan fakta rasanya cukuplah sekadar beberapa contoh di atas tersebut. Selain dari fakta-fakta sejarah ini kita juga sering dikaburkan dengan kebenaran ketokohan dan keperwiraan yang dicatatkan di dalam buku sejarah kita. Salah satu contoh mudah yang mungkin boleh kita pertimbangkan sendiri sama ada relevan atau tidak tokoh-tokoh ini dianggap sebagai wira negara kita. Tokoh yang pertama adalah Leftenan Adnan. Leftenan Adnan adalah seorang anak Melayu yang terawal menjadi askar British di negara ini. Persoalannya mudah, pada waktu Leftenan Adnan menjadi askar, Tanah Melayu merupakan sebahagian dari empayar British atau dengan kata lain Tanah Melayu atau tanah air tercinta ini pada waktu tersebut adalah tanah jajahan British. Ini bermakna Leftenan Adnan berkhidmat sebagai askar pada waktu itu adalah untuk penjajah Bristish. Jepun sebagai kuasa besar Asia telah mara ke Tanah Melayu untuk menjajah Asia Tenggara dengan slogan 'Asia untuk asia' dan terdapat beberapa orang melayu dari Kesatuan Melayu Muda yang bekerjasama dengan Jepun bagi mengusir penjajah British. Sekarang kita sudah lihat terdapat talibarut Jepun di Tanah Melayu untuk mengusir Penjajah British. Dan ya, perhatikan perkataan tali barut tersebut. Orang melayu yang menolong Jepun menjajah di Tanah Melayu dipanggil tali barut Jepun bukan? Bagaimana pula halnya dengan orang melayu yang menjadi askar penjajah Bristish bagi meneruskan kekuasaan British di tanah air ini? Adakah perbezaan orang melayu yang bekerjasama dengan penjajah Jepun dengan orang melayu yang bekerjasama dengan penjajah British? Oleh itu untuk siapakah sebenarnya Leftenan Adnan berjuang di medan perang itu? untuk tanah air? bangsa? atau untuk tuan British? Biarlah anda sendiri yang menjawab persoalan ini. Begitu juga halnya dengan beberapa tokoh bangsawan Melayu yang kononnya mengamuk dan membunuh British di Tanah Melayu ini dan dicop sebagai pahlawan. Adakah mereka ini sememangnya melawan British untuk agama? rakyat,bangsa dan tanah air? ataupun kerana marahkan British bertindak memansuhkan cukai tinggi yang dikenakan ke atas rakyat jelata yang menjadi punca uatama pendapatan mereka... atau mereka berdendam dengan British kerana melepaskan hamba-hamba mereka yang mereka yang terdiri daripada rakyat jelata yang miskin yang gagal membayar hutang? Anda boleh kaji sejarah tokoh-tokoh ini dan cuba cari sendiri adakah benar mereka layak mendapat gelaran pahlawan atau pejuang yang sememangnya berkorban untuk rakyat dan tanah air. Entri ini hanyalah sekadar cetusan atau sedikit polemik tentang sejarah secara amnya dan sejarah Malaysia secara khususnya yang masih boleh diperbahaskan dan diperdebatkan. Tidak semestinya anda perlu bersetuju dengan entri yang ditulis ini. Ruang komen dibawah sentiasa menanti komen-komen dan pandangan anda tentang perkara ini.
Quote this article on your site To create link towards this article on your website, copy and paste the text below in your page. Preview : Powered by QuoteThis © 2008
Powered by !JoomlaComment 3.26
3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Last Updated ( Sunday, 24 January 2010 01:45 ) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||


